AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Perubahan Fasa Ke-12

Assalamualaikum wbr..

Telah banyak diri ini telah berubah..semenjak kecil sampailah dewasa ini. Ada yang elok dan ade yg harus disingkirkan...

Dulu:
1. Sangat Panas Baran
2. Terlalu sensitif
3. Suke menyendiri
4. Kurang berkawan
5. Kuat merajuk
6. Individualistik
7. Sifat ke'aku'an
8. Pendiam
9. bersikap negatif
10. dll

Alhamdulillah, berkat doa family-ku especially nenek dan mak-ku..aku telah banyak berubah..berubah ke arah yg lebih positif..

Kali ini aku ingin bercerita tentang perubahan diriku yg sedang aku lakukan secara besar-besaran..hijrah tidak mengenal masa dan waktu, dan aku merasakan harusnya aku berubah demi mendapat keredhaan-Nya.

TAJUK
PERUBAHAN DIRI FASA KE-12



PENYELIA
-err.. belum dikenal pasti-

KO-PENYELIA

Sahabat-sahabat sekalian

PENGENALAN
Misi dan Visi
1. Menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada-Nya
2. Mendapat keredhaan-Nya

Objektif
1. Meningkatkan kesabaran
2. Bersikap positif
3. Mengurangkan bercakap
4. Mengunjungi rumah-Nya sekerap mungkin
5. Menambahkan ilmu dunia dan akhirat
6. Bersahabat dengan orang 'alim dan wara'
7. dll (akan fikir kemudian)


KAJIAN LITERATUR

1. SIfat Kemurahan Allah - menjadikan intipati dalam menjadikan diri ini sentiasa bersyukur kehadratNya terhadap apa yg dianugerahiNya.
2. Perjuangan Nabi SAW - perjuangan Rasulullah penyuntik kekuatan diri ini untuk sentiasa berusaha dan bertawakal kepadaNya dalam menempuh pelbagai dugaan dan ujian sepanjang perjalanan hidup ini.
3. Perjuangan para salaf (sahabat) - Kecintaan mereka kpd Allah, Rasulullah dan Islam dalam memperkukuhkan akidah dan iktikad mereka dalam islam ad-deen yang suci.
4. Para 'ulama - Kisah-kisah ulama'-ulama' dan imam-imam yang muktabar dalam berusaha mencari ilmu dan mengagungkan islam dan sains.
5. etc (masih belum cukup, kena tambah dan kena ada citation :P)

REKABENTUK KAJIAN / METHOD
1. Bertunjangkan AlQuran
2. Berteraskan Sunnah2 Rasulullah (Hadith2 esp Hadith2 saheh)
3. Dll
4. Tarbiyyah diri

HASIL KAJIAN / KEPUTUSAN
-Err..masih dalam kajian, belum dapat keputusan-

Hasil Dijangka
1. Lebih Bersabar
2. Kurang bercakap perkara2 yang lagha dan sia2
3. Memperbanyakkan ibadah

KESIMPULAN
Perubahan sangat perlu kepada setiap insaan yang bernama Manusia di dalam mendidik dan meningkatkan keimanan kepadaNya dan dalam mencapai objektif kita mendapatkan keredhaan Allah Taala dalam melakukan apa sahaja.


SUMBER RUJUKAN

1. AlQuran
2. Sunnah2 Rasulullah
3. Kitab2 karangan Imam-imam yg muktabar
4. Rujukan sahabat2

Panel: anda sebagai juri, sila kemukakan soalan. :D

Blog...

Assalamualaikum wbr..

Selepas fikir banyak kali dna masak2 maka sy tidak jadi memindahkan blog ini ke website sy, ini kerana beberapa sebab seperti di bawah:

1. sudah lama di sini
2. blog baru xley masuk komen
3. blogspot byk template & gadjet n mudah dikendalikan
4. dah biase dgn persekitaran ini..

so, selamat meneruskan pembacaan & komen :)

Rejab..

AMALAN-AMALAN YANG DIANGGAP SUNNAH PADA BULAN REJAB
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
credit to: Akob

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T.. Justeru itu telah tersebar dalam masyarkat kita behawa terdapat amalan-amalan yang dikhaskan sempena bulan Rejab ini dan ianya memiliki fadilat-fadilat yang besar. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud satu dalil yang sah menunjukkan terdapat amal-amal ibadah yang tertentu bersempena dengan bulan Rejab. Hal ini telah diperakui oleh tokoh ulamakk hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab (melainkan ia termasuk bulan-bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada bulan Rejab yang dapat dijadikan pegangan. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, (edisi terjemahan dengan tajuk Bidaah Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta, 2004) ms. 152.

PUASA REJAB

Adalah masyhur di sisi masyarkat kita bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 1hb Rejab, hari Khamis minggu pertama bulan Rejab, Nisfu Rejab dan 27hb Rejab sempena Israk Mikraj. Untuk menguatkan hujah puasa-puasa sunat ini maka diketengahkan beberapa riwayat-riwayat palsu serta lemah bersertakan ganjaran pahala yang besar. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah r.h di dalam Majmu’ Fatawa:

Adapun puasa bulan Rejab secara khusus disandarkan kepada hadis-hadis yang kesemuanya dha’if (lemah) bahkan maudhu’ (palsu) yang tidak dijadikan sebagai hujah oleh ahli ilmu dan bukan pula termasuk hadis dha’if yang dikategorikan dalam amalan-amalan mulia tetapi hadis-hadis dha’if yang masuk dalam kategori hadis dusta. - Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya ‘Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry (edisi terjemahan dengan tajuk Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta 2003), ms. 243-244.

Ibnu Rajab di dalam al-Mughni pula berkata:

Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satupun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat. - Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah, ms. 245.

Syaikh Sayyid Sabiq r.h pula berkata:

Mengenai puasa pada bulan Rejab, tiada kelebihan yang menonjol baginya berbanding bulan-bulan lain melainkan ia termasuk bulan-bulan suci. Dan tidak diterima dari sunnah keterangan yang sah bahawa berpuasa pada bulan itu mempunyai keistimewaan khusus. Ada juga diterima riwayat (tentang keutamaan berpuasa pada bulan Rejab), tetapi tidak dipertanggung-jawabkan sebagai hujah – Sayyid Sabiq, Fiqhu as-Sunnah (edisi terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990), jilid 3, ms. 205.

Sungguhpun begitu apa yang ditemui adalah riwayat daripada para sahabat Nabi yang melarang puasa pada bulan Rejab.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada Kharsyah bin Hurr yang berkata: Saya melihat ‘Umar r.a membuat makanan untuk manusia pada bulan Rejab hingga mereka meletakkanya di dalam mangkuk besar. ‘Umar berkata: Makanlah, kerana ini adalah bulan yang diagungkan oleh orang-orang jahiliyah. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannif, jilid 3, ms. 102

Malah Saidina ‘Umar juga dikatakan telah memukul tangan mereka yang berpuasa pada bulan Rejab

Daripada Atha’, dia berkata: “Ibnu ‘Abbas melarang puasa pada bulan Rejab seluruhnya, agar tidak dijadikannya sebagai hari besar (hari raya). – Hadis riwayat Abdurrazaq dalam Mushannif, no: 7854.

Selain dari itu terdapat juga di kalangan masrakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. Imam Ibnul Qayyim r.h berkata:

Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis, puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak. Wallahu a’lam.

SOLAT BULAN REJAB

Terdapat beberapa solat yang dikhususkan sempena bulan Rejab seperti solat pada malam pertama bulan Rejab, solat Nisfu Rejab, solat pada malam 27hb Rejab dan yang paling diketahui ramai yakni solat yang dikerjakan pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rejab yang dikenali sebagai solat Raghaib. Kesemua dalil tentang solat-solat khusus sempena bulan Rejab ini adalah sama ada dha’if atau mawdhu’ sebagaimana yang telah diperkatakan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar r.h dalam Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab. Tentang solat Raghaib ini Imam al-Nawawi yang juga merupakan seorang tokoh dalam mazhab Syafie telah berkata di dalam Fatawa an-Nawawi (ms. 40):

Solat Raghaib adalah bidaah yang tercela, mungkar dan sangat diingkari, yang mencakup kemungkaran-kemungkaran sehingga harus ditinggalkan, ditentang dan diingkari pelakunya. Kepada para penguasa harus melarang manusia dari melaksanakan solat ini kerana mereka adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas rakyatnya
Para ulamak telah menulis buku-buku khusus tentang masalah ini untuk mengingkari dan mencelanya serta membodohkan pelakunya. Janganlah kita terperdaya oleh banyaknya orang yang melakukannya di banyak negara Islam dan jangan pula tergoda kerana solat itu tertulis dalam kitab Quut al-Qulub (karya Muhammad bin Ali bin Athiyah al-Ajami al-Makki) dan Ihya’ ‘Ulum ad-Din (karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali) dan sebagainya kerana kedua solat itu iaitu (solat Raghaib dan solat Nisfu Syaaban) itu adalah bidaah yang batil. - Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya ‘Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, ms. 286.

UMRAH PADA BULAN REJAB

Terdapat juga pandangan bahawa pada bulan Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu menurut ‘Aisyah r.a Rasulullah s.a.w tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada bulan Rejab.

Daripada Mujahid dia berkata: Aku masuk bersama Urwah bin az-Zubair ke masjid, ternyata ‘Abdullah bin ‘Umar r.a sedang duduk di samping bilik Saidatina ‘Aisyah r.a ... Kemudian dia berkata kepadanya: Berapa kali Rasulullah s.a.w. melakukan umrah? Dia (Ibnu ‘Umar) menjawab: Empat kali Rasulullah s.a.w. melakukan umrah. Dia (Ibnu ‘Umar) menjawab: Empat kali, salah satunya pada bulan Rejab. Lalu kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya.
Dia (mujahid) berkata: Kami mendengar dia (iaitu ‘Aisyah) sedang bersiwak. Kemudian Urwah bertanya kepada ‘Aisyah r.a: Wahai ibu orang-orang mukmin! Benarkah apa yang dikatakan oleh Abu ‘Abdurrahman? Dia berkata: Apa yang dia katakan? Aku menjawab: Dia berkata bahawa Nabi s.a.w. pernah mengerjakan umrah pada bulan Rejab. Beliau berkata: Semoga Allah merahmati Abu ‘Abdurrahman. Rasulullah tidak melakukan satu Umrah pun melainkan dia (yakni ‘Aisyah) ikut bersama baginda dan baginda tidak pernah mengerjakan umrah pada bulan Rejab – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Umrah, no: 1775 & 1776.

Ternyata Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan umrah pada bulan Rejab dan tidak ada juga riwayat yang sabit daripada baginda yang menganjurkan umrah dikerjakan pada bulan Rejab. Oleh itu pendapat yang lebih tepat adalah bahawa ibadah umrah tidak memiliki keutamaan tertentu sekiranya dikerjakan pada bulan Rejab malah tidak ada dalil yang kuat menunjukkan ianya disunnahkan untuk dikerjakan pada bulan tersebut. Riwayat-riwayat yang menunjukkan terdapat dikalangan generasi salaf yang mengerjakan umrah pada bulan Rejab bukan menunjukkan mereka telah berniat untuk mengkhususkan bulan itu untuk berumrah. Namun tujuan mereka adalah untuk melaksanakan haji dan umrah dalam dua waktu atau perjalanan yang berbeza.

‘ATIRAH BULAN REJAB



‘Atirah adalah haiwan yang disembelih pada bulan Rejab yang digunakan oleh orang-orang Arab jahiliyah untuk mendekatkan diri kepada tuhan-tuhan mereka. Ianya dilaksanakan pada sepuluh hari pertama bulan Rejab dan haiwan yang biasanya dipergunakan untuk ritual ini adalah kambing. Terdapat sesetengah umat Islam yang masih melaksanakan ‘Atirah ini berpandukan beberapa hadis seperti dibawah.

Al-Harith bin Amru pernah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang ‘Atirah maka jawab baginda:

Sesiapa yang mahu menyembelih ‘Atirah silakan menyembelih dan siapa yang tidak mahu jangan menyembelih. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Fara’ wa al-‘Atirah, no: 4154

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Wahai manusia, kepada setiap ahlul bait diwajibkan untuk berkurban dan menyembelih ‘Atirah setiap tahun. Tahukah kalian apa itu ‘Atirah? Iaitu apa yang kalian namakan Rajaban. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Adhahi, no: 1438.

Namun hadis-hadis tersebut hanya menunjukkan ‘Atirah telah dibenarkan perlaksanaanya pada zaman awal kedatangan Islam sedangkan ia telah dimansuhkan hukumnya setelah itu sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. seperti diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:

Tidak ada lagi Fara’ dan juga ‘Atirah. Fara’ ialah anak unta pertama yang disembelih dan dipersembahkan kepada berhala dengan harapan induknya (ibu unta tersebut) akan lebih banyak melahirkan anak. Sedangkan ‘Atirah adalah kambing yang disembelih pada sepuluh hari pertama bulan Rejab. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Aqeeqah, no: 5473.

Imam Ibnul Qayyim r.h di dalam Tahdzib Sunan Abi Dawud berkata:

Orang-orang Arab mengerjakan tradisi (al-‘Atirah) itu pada masa jahiliah, lalu dikerjakan sebahagian orang Islam sehingga Rasulullah s.a.w. memerintahkannya, tetapi setelah itu baginda melarangnya seraya bersabda “Tidak ada lagi Fara’ dan juga ‘Atirah” sehingga umat Islam setelah itu dilarang mengerjakan ‘Atirah. - Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya ‘Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, ms. 241.

Namun ini bukan bermakna dilarang sama sekali untuk menyembelih haiwan pada bulan Rejab. Yang dilarang adalah menghidupkan semula al-‘Atirah atau menyembelih haiwan dengan niat untuk mengagungkan bulan Rejab sebagaimana golongan Arab jahiliah. Wallahu a’lam.

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Setiap kali apabila munculnya tarikh 27 Rejab maka umat Islam seluruh dunia akan rancak membincangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Pelbagai program keagamaan diatur demi memuliakan peristiwa bersejarah tersebut. Hal ini merupakan satu usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam kepada peristiwa-peristiwa bersejarah yang mana di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran bermanfaat. Rata-rata umat Islam di Malaysia yakin bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memang benar-benar berlaku pada 27 Rejab. Seolah-olah ia telah disepakati di kalangan para ulamak ahli sunnah wal jamaah. Hakikat yang sebenar adalah wujudnya perbezaan pendapat di kalangan para ulamak tentang tarikh terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj tersebut. Hal ini telah diperjelaskan oleh al-Hafidz Ibu Hajar al-'Asqalani r.h:

Para ulamak berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum baginda dilantik menjadi Nabi. Pendapat ini ganjil (syaz) kecuali dianggap terjadi dalam mimpi. Kebanyakan ulamak berpendapat setelah baginda menjadi Nabi. Mereka juga berselisih tentang tarikh sebenar peristiwa ini.
Antara mereka ada yang menyatakan peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrah. Ini merupakan pendapat Ibn Sa'd dan yang lainnya dianggap benar oleh Imam al-Nawawi dan Ibn Hazm. Bahkan, Ibn Hazm berlebihan dengan menukil kononnya ulamak telah berijmak bahawa peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiul Awal. Dakwaan ijmak ini tertolak kerana terdapat perselisihan yang banyak, iaitu lebih dari sepuluh pendapat." – Rujuk Kitab Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, (edisi terjemahan dengan tajuk Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta 1997),jilid. 7, ms. 203.

Seterusnya al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan pendapat para ulama tersebut satu pesatu. Antara ringkasannya ialah:

1. Berlaku setahun sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Awal. Ini adalah pendapat Ibn Sa'd dan selainnya. Pendapat ini dibenarkan oleh Imam al-Nawawi.

2. Tarikh peristiwa ini berlaku ialah lapan bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rejab. Ini menurut pendapat Ibn Hazam. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rejab tahun ke 12 kenabian.

3. Ia berlaku enam bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan oleh Abu al-Rabie’ bin Saalim.

4. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Akhir. Ini pendapat Ibrahim bin Ishaq al-Harbiy. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir, setahun sebelum hijrah. Pendapat ini dibenarkan Ibn al-Munayyir di dalam Syarh al-Sirah karya Ibn Abdul Bar.

5. Setahun dua bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Abdul Bar.

6. Setahun tiga bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Faaris.

7. Setahun lima bulan sebelum hijrah. Ini adalah pendapat al-Suddiy.

8. Lapan belas bulan sebelum hijrah dan jatuh pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan Ibn Saad, Ibn Abi Subrah dan Ibn Abdul Bar.

9. Berlaku pada bulan Rejab tiga tahun sebelum hijrah. Pendapat ini di sampaikan Ibn al-Atsir.

10. Lima tahun sebelum hijrah. Ini menurut pendapat Imam al-Zuhriy dan dibenarkan oleh al-Qadhi ‘Iyaadh’.

Dari sini, benarlah dakwaan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini. Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie r.h menegaskan:

Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada bulan Rejab. Dalam hal ini, menurut ahli al-Jarh wa al-Ta’dil (ulamak hadis) hal itu merupakan pembohongan. – Rujuk Kitab al-Ba’its karya Abu Syamah Abdul Rahman bin Ismail, ms. 171.

Ibn Rajab al-Hanbali r.h pula berkata:

Telah diriwayatkan bahawa pada bulan Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w lahir pada awal malam bulan Rejab, diangkat menjadi Nabi pada tarikh 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih. – Rujuk Kitab Latoif al-Ma’aa-rif karangan Ibn Rajab Abdul Rahman bin Ahmad, ms. 168.

PENGAJARAN DARI PERSELISIHAN INI

Apa kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat tentang tarikh peristiwa Israk dan Mikraj ini? Tidakkah ia hanya akan menimbulkan kekeliruan? Bagi penulis, apabila kita ingin menyampaikan ilmu berkaitan agama kita hendaklah berlaku adil dan memastikan kesahihan fakta.

Walaupun sesuatu perkara yang ingin kita sampaikan itu bertentangan dengan pandangan majoriti masyarakat setempat. Namun, kita tetap mesti bersifat amanah demi menjaga ketulenan agama. Pengajaran yang dapat kita ambil dari pendedahan ini adalah:

1. Kita perlu mempertingkatkan kefahaman kita terhadap agama ALLAH. Jangan kita menelan bulat-bulat apa yang disuapkan oleh pihak lain terhadap kita. Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ajaran sebenar Rasulullah s.a.w agar dapat membezakan antara perkara hak dan batil. Hal ini hanya dapat direalisasikan melalui kesungguhan kita dalam mempelajari ilmu-ilmu agama. Ketahuilah bahawa menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap Muslim.

Sabda Nabi s.a.w:

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim." - Hadis riwayat Imam Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Muqaddimah, hadis no: 220.

ALLAH juga meninggikan darjat mereka yang memiliki ilmu melalui firman-NYA:

"ALLAH akan meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat." – Surah al-Mujadilah: 11.

Ini merupakan ganjaran paling besar bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mempelajari apa jua bidang ilmu terutamanya ilmu-ilmu berkaitan agama. Sekiranya kita hanya berpuas hati dengan ilmu agama yang telah dipelajari ataupun yang telah kita warisi secara turun-temurun tanpa mempunyai niat untuk mempertingkatkannya, natijahnya kita hanya berpegang kepada pendapat bahawa tarikh peristiwa Israk dan Mikraj tersebut berlaku pada malam 27 Rejab kononnya menurut ijmak para ulama.

Oleh itu, dalami ilmu agama dari sumber sahih bersumberkan al-Quran dan sunnah menurut fahaman generasi salafussoleh. Siapakah generasi salafussoleh? Mereka adalah generasi terbaik bagi umat Islam sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Sebaik-baik generasi ialah generasiku (sahabat), kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3650.

Inilah manhaj sebenar ahli sunnah wal jamaah, iaitu mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah dan mengikuti semua ajaran yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w sama ada berupa iktikad, ibadah, muamalah atau akhlak sebagaimana yang difahami dan dilaksanakan oleh generasi salafussoleh dan para pengikut mereka hingga ke hari ini.

2. Apabila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj tidak diketahui secara jelas oleh generasi salafussoleh, ini menunjukkan bahawa mereka tidak mengkhususkan apa-apa upacara sambutan atau amal ibadah tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa yang khusus sempena tarikh tersebut.

Ada golongan yang lebih ekstrem beranggapan bahawa beribadah pada malam 27 Rejab ini adalah lebih utama berbanding ibadah pada malam lailatulqadar. Sekiranya terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti tentang bila sebenarnya ia berlaku sebagaimana amalan sunnah lain yang ditentukan waktu amalannya seperti puasa ‘Asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharram, puasa pada hari-hari 'putih', iaitu pada tarikh 14, 15 dan 16 setiap bulan, beribadah pada malam lailatulqadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan dan lain-lain lagi.

Ini semua hanya memperlihatkan bahawa tidak terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Sekiranya memperingati malam Israk dan Mikraj dengan ibadah tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama yang akan melaksanakannya adalah Rasulullah s.a.w, para sahabat serta generasi salafussoleh yang lain.

Namun, tidak ada satu riwayat yang sahih daripada baginda, para sahabat serta generasi salafussoleh termasuk imam-imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad tentang wujudnya amal-amal ibadah tertentu sempena malam Israk dan Mikraj.

Menurut Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry r.h:

"Pembacaan kisah al-Mikraj dan berkumpul untuk merayakannya pada malam 27 Rejab adalah bidaah. Sementara oang yang mengistimewakan malam tersebut dengan zikir dan ibadah adalah bidaah. Doa-doa yang khusus dibaca pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan hanyalah ciptaan manusia dan bidaah. Sekiranya amalan-amalan tersebut baik, sudah pasti para sahabat telah melakukannya terlebih dahulu. Juga tidak ada dalil pasti yang menetapkan bilanya terjadi peristiwa Israk dan juga bulannya." - Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry (edisi terjemahan bertajuk Bidaah -Bidaah yang Dianggap Sunnah), ms. 153-154.

Ibn al-Haj al-Maliki r.h berkata:

“Antara bidaah yang diciptakan pada malam 27 Rejab adalah sambutan malam Israk dan Mikraj.” – Rujuk Kitab al-Madhkal karangan Ibn al-Haj, jil. 1, ms. 294.

3. Ulama ahli sunnah wal jamaah melihat pentingnya sentiasa berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w dalam melakukan amal ibadah. Setiap amalan yang tidak ada contohnya daripada Nabi s.a.w, ia tertolak walaupun dianggap baik.

Para ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Amat penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia dan tidak diterima oleh ALLAH. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w. yang tsabit.

Sekiranya kedua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, amal ibadah tersebut dianggap terbatal dan tidak diterima.

Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." – Surah al-Mulk: 2.

Maksudَ ‘yang lebih baik amalannya’ adalah sebagaimana tafsiran Fudhail bin ‘Iyaadh r.h, iaitu:

"Yang paling ikhlas dan yang paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh), apakah yang dimaksudkan dengan yang paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas akan tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas nescaya tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana ALLAH dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” - Dinukil daripada Kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, jil. 2, ms. 258.

Berlandaskan pada kaedah ini maka para ulama ahli sunnah wal jamaah menolak untuk mengkhususkan amalan tertentu pada malam 27 Rejab sempena peristiwa Israk dan Mikraj kerana Nabi s.a.w tidak pernah memerintahkan umatnya untuk melakukannya. Imam Ibn Nuhas al-Syafie r.h berkata:

"Sesungguhnya peringatan malam Israk dan Mikraj adalah bidaah yang besar dalam agama yang dibuat oleh Ikhwan al-Syayatin (sahabat-sahabat syaitan)." – Rujuk Tanbih al-Ghafilin karya Ibn Nuhas, ms. 379-380.

Sewajarnya umat Islam memastikan bahawa amal ibadah mereka benar-benar bebas dari syirik ataupun riak dan ia ikhlas hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan ALLAH. Di samping itu, kita juga wajib mengamalkan ibadah yang benar-benar berasaskan sunnah Nabi s.a.w dan bebas dari amalan-amalan bidaah kerana semua bidaah menyesatkan walaupun nampak seperti amalan yang boleh membawa kepada kebaikan.

Kita hendaklah benar-benar faham bahawa mencontohi Rasulullah s.a.w adalah bukti jelas menunjukkan kecintaan kita kepada ALLAH sebagaimana firman-NYA:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutlah aku, pasti ALLAH Mengasihi kamu serta Mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." – Surah Ali Imran: 31.

4. Ahli sunnah wal jamaah berkeyakinan bahawa syariat Islam telah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w wafat dan tidak memerlukan ciptaan amalan-amalan baru yang tidak pernah dianjurkan mahupun diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Apa yang ada pada zaman Rasulullah s.a.w tidak termasuk sebahagian syariat agama maka ia juga tidak akan menjadi sebahagian agama pada hari ini dan buat selama-lamanya.

Oleh itu, segala amal ibadah para ahli sunnah wal jamaah sentiasa berdalil kepada sunnah Nabi s.a.w yang tsabit dan meninggalkan amal ibadah yang hanya berdasarkan rekaan manusia serta hadis-hadis lemah atau palsu. Mereka menggabungkan antara ilmu dan ibadah. Ini berbeza dengan golongan selain mereka yang melakukan amal ibadah tanpa ilmu sehingga amalan-amalan bidaah mudah meresap dan kemudiannya dianggap sunnah.

Sekiranya pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup, baginda langsung tidak pernah menyuruh para sahabat menghidupkan malam 27 Rejab dengan amalan-amalan khusus sempena memperingati malam Israk dan Mikraj, maka dapat kita fahami bahawa hal tersebut bukan sebahagian dari agama pada hari ini dan selama-lamanya.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan tanda kebesaran ALLAH dan ia membuktikan betapa tingginya darjat sayyidul mursalin (penghulu segala rasul), iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari masjidilharam (di Makkah) ke masjidilaqsa (di Palestin, yang KAMI berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – Surah al-Israa’: 1.

Melalui peristiwa tersebut terdapat begitu banyak pelajaran yang begitu bermanfaat yang tidak selayaknya sekiranya ia hanya ingin diketengahkan pada tarikh 27 Rejab. Mari kita perhatikan beberapa pegajaran penting dari peristiwa tersebut secara ringkas:

a. Ia membatalkan fahaman bahawa ALLAH berada di mana-mana sebagaimana iktikad kelompok menyeleweng seperti Muktazilah dan Jahmiyah. Melalui peristiwa ini Nabi Muhammad s.a.w telah di angkat ke atas langit untuk bertemu dengan ALLAH. Ini membenarkan iktikad bahawa ALLAH bersemayam di atas ‘Arasy yang terletak di atas langit.

Firman ALLAH S.W.T:

"ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian DIA bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain daripada ALLAH. Oleh itu, tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaan-NYA)?." - Surah al-Sajadah (32) : 4.

Iktikad ini juga telah disepakati oleh imam-imam mazhab yang empat termasuk Imam Syafie r.h. Imam al-Zahabi r.h telah menyebutkan di dalam kitabnya al-‘Uluw li al-‘Aliy al-Ghaffar bahawa Imam Syafie r.h pernah berkata:

“Pendapatku tentang sunnah, di mana aku berpegang kepadanya dan juga sebagaimana ia menjadi pegangan orang-orang yang aku lihat seperti Sufyan, Malik dan lain-lain, iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa tiada TUHAN selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah serta beriktikad bahawa ALLAH itu berada di atas Arasy-NYA yang terletak di atas langit-NYA.” - Rujuk kitab Manhaj Akidah Imam al--Syafie karya Dr. Muhammad A.W. al-‘Aqil, ms. 282.

b. Melalui peristiwa inilah ALLAH telah memfardukan ibadah solat sebanyak lima waktu sehari. Ini membuktikan keagungan serta keistimewaan ibadah solat ini berbanding dengan ibadah-ibadah lain. Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.

c. Peristiwa ini juga membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w memilki status yang lebih tinggi berbanding rasul-rasul yang lain. Ketika Israk baginda telah menjadi imam kepada semua para Nabi dan Rasul, iaitu mengerjakan solat dua rakaat di dalam masjidilaqsa. Oleh itu, sewajarnya kita taat kepada ajarannya serta menghindari segala larangannya.

d. Rasulullah s.a.w juga telah diperlihatkan balasan ngeri yang dikenakan kepada penghuni neraka yang melakukan dosa-dosa besar seperti mengumpat dan manusia yang menyeru ke arah kebaikan namun dia sendiri tidak mengamalkannya.



e. Rasulullah s.a.w juga telah diperlihatkan keindahan syurga melalui peristiwa ini dan ia boleh dijadikan sumber motivasi untuk kita melakukan perkara-perkara yang makruf.

f. Melalui peristiwa ini juga kita dapat mempelajari nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri para sahabat. Ketaatan serta keyakinan tanpa berbelah-bahagi kepada Rasulullah s.a.w jelas kelihatan di dalam jiwa mereka apabila menerima berita yang dianggap tidak munasabah oleh golongan musyrik Makkah. Ketika dikhabarkan berita ini walaupun dianggap tidak logik oleh golongan musyrikin, namun Abu Bakar r.a hanya menjawab:

"Sesungguhnya aku telah membenarkan baginda terhadap apa yang lebih jauh dari ini. Aku membenarkan baginda terhadap berita dari langit yang baginda bawa." - Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak.

Jawapan daripada Abu Bakar al-Shiddiq tentang peristiwa ini menunjukkan keyakinan serta ketaatan tanpa berbelah-bahagi kepada baginda. Walaupun baginda telah lama wafat, namun umat Islam pada zaman ini masih boleh menunjukkan ketaatan yang sama sebagaimana amalan generasi para sahabat dengan mematuhi segala perintah Rasulullah s.a.w dan menghindari segala larangan. Selain itu, dia perlu mengamalkan segala sunnahnya dan menjauhkan segala bentuk amalan bidaah, syirik, khurafat dan perkara lain yang membawa kepada kekufuran.

Perkara-perkara yang telah penulis gariskan di atas merangkumi hal-hal berkaitan akidah, ibadah, muamalah serta akhlak yang amat penting dan ia memerlukan penjelasan yang berterusan terhadap umat Islam keseluruhannya dan bukan sekadar menanti setahun sekali, iaitu pada tarikh 27 Rejab.

Demikianlah beberapa perbahasan tentang amalan-amalan yang dianggap sunnah pada bulan Rejab. Kesimpulannya tidak ada dalil yang sah menunjukkan adanya amalan-amalan khusus seperti solat, puasa, umrah, zikir-zikir, bacaan istighfar tertentu, doa-doa sempena bulan Rejab. Hendaklah seluruh umat Islam menghindari amalan-amalan yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sewajarnya kita tetap taat dalam mengikuti hanya amalan-amalan yang sabit daripada baginda s.a.w.. Ini adalah kerana setiap amalan yang tidak ada contohnya daripada baginda ianya tidak diterima sebagai ibadah. Sabdanya:

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Sulh, no: 2697.

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Aqdhiyah, no: 1718.


***********************************************************************************
Dr Fatimah Az-Zahra juga menambah:

Assalamu'alaikum frens,

Sekadar ingin menyampaikan pesanan ustazah fatma az-zahra yg telah memberi ceramah pada 18.8.2004 di petronas twin towers.ceramah ini
dihadiri oleh lebih 60 orang.ramai yang menjadi saksi.ianya dianjurkan oleh petronita, persatuan kebajikan wanita petronas.

ustazah berpesan bahawa e mail kelebihan2 rejab ini merupakan dakyah puak syiah yang membesar2kan bulan rejab berbanding bulan ramadhan. rasulullah saw tidak berpuasa sepanjang bulan rejab. baginda hanya berpuasa isnin dan
khamis, seperti amalan baginda yang biasa.

rasulullah saw mengatakan bahawa sunat membanyakkan puasa pada awal bulan syaaban, sebelum 15 syaaban.saidatina aisyah r.a. bertanya "mengapa ya rasulullah ? "baginda bersabda bahawa amalan kita naik ke langit pada bulan syaaban & aku ingin amalanku diangkat ketika aku berpuasa.

sebagai umat nabi muhammad s.a.w., kita hendaklah membesarkan ramadhan. sesiapa yg berpuasa rejab,syaaban & ramadhan 3 bulan berturut2, ianya adalah amalan khurafat kerana ianya bukan amalan rasulullah saw & sahabat2baginda. na'uzubillahi minzalik! kita hendaklah menyimpan tenaga untuk
beribadat bersungguh2 di bulan ramadhan, lebih2 lagi 10 hari terakhir ramadhan. jika kita telah berpuasa 3 bulan berturut2, kita dikhuatiri keletihan untuk beribadat. jika berpuasa 3 bulan berturut2 juga, nikmat ramadhan akan hilang..tiada lagi keistimewaan ramadhan kerana pada ramadhan kita wajib berpuasa sebulan.

wAllahu'alam bissawab..

Angin Perubahan..

Assalamualaikum wbr..
Insyaallah, blog ini akan dipindahkan ke laman web sy di sini.

Di laman web tersebut mempunyai pelbagai fungsi, sebagai blog, download, lecture notes, maklumat terkini dsbgnya. Buat masa ini, blog tersebut sedang dikemas kini. Insyaallah, bila tiba masanya, ia akan berfungsi sepenuhnya kelak.

Walaubagaimana pun, bahagian lecture notes sudah boleh diakses dgn username dan password yg dibekalkan kpd wakil kelas. Kpd pelajar imaging physics, sila rujuk wakil kelas anda ok??

Sakit dan Penat!!!

Alhamdulillah... syukur segala yg diberi merupakan ingatan dan kifarah terhadap dosa2ku sebelum ini..

Bukan nak merintih, tapi..entahlah..
Kadang kala kita merasakan diri kita terlalu lemah untuk berhadapan dengan sesuatu. Perjalanan hampir 10jam menaiki bas Mutiara dari P.MAS-KL sangat memenatkan dan letih.
Sepatutnya bas bertolak jam 915am seperti yg tercatat dan diberitahu oleh kerani tiket tu, tapi pukul 1030am baru bas jalan, adoyai..sangat2 letih menunggu..masaku sungguh berharga...

then penamaan calon di Kuala Krai..makan masa lebih sejam jem trafik di sana.. Dorang ini xder kerje lain ke. Baik buat amal ibadat ke, cari ilmu ke drp berpolitik. Cuma penamaan calon je. entah apa2 la manusia kat malaysia ni..Politik je lebih, dah la xmatang..nk ikut sistem islam? lagi jauh..xkiralah mana2 parti pon.. sama je..

Dulu aku sgt respek kpd parti islam..tp skrg? nampak sgt 14 x 10 nya dgn satu lagi. Bosan dgn politik yg xmatang di Malaysia. Abaikan kisah ni, kita sambung cerita bas tadi.

then sampai di kuala krai tu, seat yg sy duduk tu adalah org lain punya, mg sy duduk seat org lain sbb seat sy mase kat pasir mas seorang bdk duduk. So terpaksa la berpindah ke seat budak tu. Nenek yg bawka budak tu xbeli seat tuk cucu dia..kalau cucu die kecik xpe la gak, ni besa..huhu..terpakselah berkongsi seat..sempit, sakit 1 badan, da la budak tu buas n banyak cakap. letih melayan budak tu, nenek die wat derk je..tido..
sampai2 KL dah tgh mlm..letih..

esokkan arinya demam, nak mengajar lagi..huhu..mujurlah Allah bg kekuatan tuk mgajar mase tu. arini dah sakit2 otot2 dan belakang..adoyai..xperla..Alhamdulillah, semoga dosa2ku terhapus.. dan diberi kekuatan lg pd masa akan dtg.

Tp, xsuke2 pon, still suke budak tu, banyak kali gak aku gosok kepale die, selawat, semoge die jadi anak yg soleh dan berbakti kpd ibubapa agama bangsa n negara, jgn jadi haprak, najis dan sampah masyarakat da la.. Mase sampai PWTC die baru tido dan die turun kat shah alam, so sempat lg bgtau budak tu, abg dah nak balik, bljr elok2.. harap2 die ingat la pengalaman manis ngan abg ni main2 n layan die dlm bas :)

Pindah...

Assalamualaikum..

Insyaallah, jikalau tiada aral melintang, esok kemungkinan aku akan berpindah ke shah alam..

Dengan ini juga membawa banyak harapan untukku berubah..ya, berubah kpd yg lebih baik seperti yg terkandung di dalam Fasa Perubahan ke12. Diharap, keinginanku untuk berubah dapat dikabulkan olehNya.

Aku juga sudah mula memikirkan pelbagai cara myelesaikan pelbagai masalah yg timbul sbeelum ini. Diantaranya:

1. Apply lecturer di universiti swasta (secara full time, uitm partime)
2. Jadikan master sbg part-time (cuak gak..kang prof mengamuk, huhu)
3. Terpaksa berdikari, bkerja n cari duit sendiri..
4. Bersedia utk mendirikan rumah tangga (oppss..hehe...sape2 yg ade calon2 yg sesuai bolehlah di interview :D)
5. Nak balas budi mak dan nenek...

Entahla, masih kabur lagi.. Tapi kadang kala kita terpaksa bertindak mengikut apa yg ada. Masa yg lalu banyak mengajar tentang erti kehidupan, tentang pahit manus menumpang, tentang diri yg lemah ini...

Ya Allah ya tuhanku, kuatkanlah semangatku dan tunjukilah Aku ke jalan yang engkau Redhai..amiin.

Mengajar..

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya dengan pemberian yg selama ini jarang disyukuri.

07/07/09 - 1st time mengajar, diberi tanggungjawab yg berat untuk dipikul. Kursus Imaging Physics..1st sem degree in medical imaging.

Alhamdulillah, mule2 kuliah gugup gak sebab kelas senyap je..tapi lame2 okla...mereka mesra alam. :D studentku seramai 29 orang dan hanya 9 lelaki melayu terakhir, heheh..

Harap2 mereka dpt memahami ape yg aku ajarkan dan semoga mereka mdpt result spt yg aku harap2kan..

Ya Allah ya tuhanku, berikanlah mereka petunjukMu dan tunjukilah mereka jalan yg benar serta kejayaan dan janganlah engkau pesongkan mereka dengan perkara2 yg lalai...

La Tahzan~

Alhamdulillah..segala puji bagi Dia yg telah memberikan segala nikmat dan rahmat kepada kami semua.

Sejak akhir2 ini, aku dilanda kesedihan... terlalu banyak perkara yang berlaku secara tiba2 tanpa diduga. Sesuatu yg mengejutkan aku daripada jagaan mimpi2 ku sebelum2 ini. Rupa2nya, aku lupa, aku akan sentiasa diuji, akan sentiasa dicobai..

Ujian yg melibatkan family, merupakan sesuatu yg amat sukar kuterima. Selama ini ku masih tidak menyedari keadaan yg blaku ini akan mbawa kesan yg amat ketara kpdku ini. Ya Allah, apakah dayaku? Beban dibahu ini tidak mampu lagi digalas. Kesedihan myelubungi diri. Keadaan ini benar2 mencabar.

Ya Allah, berikan kekuatan kepada hambaMu ini dgn kesabaran dan kekentalan dlm menempuhi kehidupan ini dan janganlah Engkau menjadikan diriku ini keluar drp rahmatMu dan janganlah biarkan diriku dipengaruhi oleh syaitan sehingga mengheretku ke lembah kehancuran...

The Wahhabi Myth

Apa itu Wahabi? Kenapa di Malaysia, ustaz2 kita sgt2 fobia dgn perkataan tersebut? ikuti artikel berkenaan..

The Wahhabi Myth
(Credit to: Al-Fikrah.net dan Dr MAZA)

Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.


Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.

Idolaku dan Pembakar Semangatku...

Ya Allah.. Sesungguhnya, manusia yg engkau telah jadikan beliau seorg mujtahid dan ilmuan Islam yang sangat berpegang teguh kepada agamaMu, maka rahmatilah beliau dan jadikanlah aku mempunyai semangat sepertinya....

Imam Ibn Taimiyah
(Credit to: Al-Fikrah.net dan Taman Ulama)

Beliau adalah imam, qudwah, alim, zahid dan da'i ila Allah, baik dengan kata, tindakan, kesabaran mahupun jihadnya, syeikhul Islam, mufti Anam, pembela dinullah daan penghidup sunnah Rasul s.a.w. yang telah dimatikan oleh banyak orang, Ahmad bin Abdis Salam bin Abdillah bin Al-Khidhir bin Muhammad bin Taimiyah An-Numairy Al-Harrany Ad-Dimasyqy.

Lahir di Harran, salah satu kota induk di Jazirah Arab yang terletak antara sungai Dajalah (Tigris) dengan Efrat, pada hari Isnin 10 Rabiulawal 661H.

Beliau berhijrah ke Damsyik bersama orang tua dan keluarganya ketika umurnya masih kecil, disebabkan serbuan tentara Tartar atas negerinya. Mereka menempuh perjalanan hijrah pada malam hari dengan menyeret sebuah gerobak besar yang dipenuhi dengan kitab-kitab ilmu, bukan barang-barang perhiasan atau harta benda, tanpa ada seekor binatang tunggangan-pun pada mereka.

Suatu saat gerobak mereka mengalami kerusakan di tengah jalan, hingga hampir saja pasukan musuh memergokinya. Dalam keadaan seperti ini, mereka ber-istighatsah (mengadukan permasalahan) kepada Allah Ta`ala. Akhirnya mereka bersama kitab-kitabnya dapat selamat.

PERTUMBUHAN DAN GHIRAHNYA KEPADA ILMU

Semenjak kecil sudah nampak tanda-tanda kecerdasan pada diri beliau. Begitu tiba di Damsyik beliau segera menghafalkan Al-Qur`an dan mencari berbagai cabang ilmu pada para ulama, huffazh dan ahli-ahli hadits negeri itu. Kecerdasan serta kekuatan otaknya membuat para tokoh ulama tersebut tercengang.

Ketika umur beliau belum mencapai belasan tahun, beliau sudah menguasai ilmu Ushuluddin dan sudah mengalami bidang-bidang tafsir, hadits dan bahasa Arab.

Pada unsur-unsur itu, beliau telah mengkaji musnad Imam Ahmad sampai beberapa kali, kemudian kitabu-Sittah dan Mu`jam At-Thabarani Al-Kabir.

Suatu kali, ketika beliau masih kanak-kanak pernah ada seorang ulama besar dari Halab (suatu kota lain di Syria sekarang, pen.) yang sengaja datang ke Damasyiq, khusus untuk melihat si bocah bernama Ibnu Taimiyah yang kecerdasannya menjadi buah bibir. Setelah bertemu, ia memberikan tes dengan cara menyampaikan belasan matan hadits sekaligus. Ternyata Ibnu Taimiyah mampu menghafalkannya secara cepat dan tepat. Begitu pula ketika disampaikan kepadanya beberapa sanad, beliaupun dengan tepat pula mampu mengucapkan ulang dan menghafalnya. Hingga ulama tersebut berkata: Jika anak ini hidup, niscaya ia kelak mempunyai kedudukan besar, sebab belum pernah ada seorang bocah seperti dia.

Sejak kecil beliau hidup dan dibesarkan di tengah-tengah para ulama, mempunyai kesempatan untuk mereguk sepuas-puasnya taman bacaan berupa kitab-kitab yang bermanfaat. Beliau infakkan seluruh waktunya untuk belajar dan belajar, menggali ilmu terutama kitabullah dan sunah Rasul-Nya shallallahu`alaihi wa sallam.

Lebih dari semua itu, beliau adalah orang yang keras pendiriannya dan teguh berpijak pada garis-garis yang telah ditentukan Allah, mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Beliau pernah berkata: Jika dibenakku sedang berfikir suatu masalah, sedangkan hal itu merupakan masalah yang muskil bagiku, maka aku akan beristighfar seribu kali atau lebih atau kurang. Sampai dadaku menjadi lapang dan masalah itu terpecahkan. Hal itu aku lakukan baik di pasar, di masjid atau di madrasah. Semuanya tidak menghalangiku untuk berdzikir dan beristighfar hingga terpenuhi cita-citaku.

Begitulah seterusnya Ibnu Taimiyah, selalu sungguh-sungguh dan tiada putus-putusnya mencari ilmu, sekalipun beliau sudah menjadi tokoh fuqaha` dan ilmu serta dinnya telah mencapai tataran tertinggi.

PUJIAN ULAMA

Al-Allamah As-Syaikh Al-Karamy Al-Hambali dalam Kitabnya Al-Kawakib Ad-Darary yang disusun kasus mengenai manaqib (pujian terhadap jasa-jasa) Ibnu Taimiyah, berkata: Banyak sekali imam-imam Islam yang memberikan pujian kepada (Ibnu Taimiyah) ini. Diantaranya: Al-Hafizh Al-Mizzy, Ibnu Daqiq Al-Ied, Abu Hayyan An-Nahwy, Al-Hafizh Ibnu Sayyid An-Nas, Al-Hafizh Az-Zamlakany, Al-Hafidh Adz-Dzahabi dan para imam ulama lain.

Al-Hafizh Al-Mizzy mengatakan: Aku belum pernah melihat orang seperti Ibnu Taimiyah dan belum pernah kulihat ada orang yang lebih berilmu terhadap kitabullah dan sunnah Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam serta lebih ittiba` dibandingkan beliau.

Al-Qadhi Abu Al-Fath bin Daqiq Al-Ied mengatakan: Setelah aku berkumpul dengannya, kulihat beliau adalah seseorang yang semua ilmu ada di depan matanya, kapan saja beliau menginginkannya, beliau tinggal mengambilnya, terserah beliau. Dan aku pernah berkata kepadanya: Aku tidak pernah menyangka akan tercipta manasia seperti anda.

Al-Qadli Ibnu Al-Hariry mengatakan: Kalau Ibnu Taimiyah bukah Syaikhul Islam, lalu siapa dia ini ?

Syaikh Ahli nahwu, Abu Hayyan An-Nahwi, setelah beliau berkumpul dengan Ibnu Taimiyah berkata: Belum pernah sepasang mataku melihat orang seperti dia . Kemudian melalui bait-bait syairnya, beliau banyak memberikan pujian kepadanya.

Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam beberapa ilmu sangat sempurna, yakni dalam tafsir, aqidah, hadits, fiqh, bahasa arab dan berbagai cabang ilmu pengetahuan Islam lainnya, hingga beliau melampaui kemampuan para ulama zamannya. Al-`Allamah Kamaluddin bin Az-Zamlakany (wafat th. 727 H) pernah berkata: Apakah ia ditanya tentang suatu bidang ilmu, maka siapa pun yang mendengar atau melihat (jawabannya) akan menyangka bahwa dia seolah-olah hanya membidangi ilmu itu, orang pun akan yakin bahwa tidak ada seorangpun yang bisa menandinginya. Para Fuqaha dari berbagai kalangan, jika duduk bersamanya pasti mereka akan mengambil pelajaran bermanfaat bagi kelengkapan madzhab-madzhab mereka yang sebelumnya belum pernah diketahui. Belum pernah terjadi, ia bisa dipatahkan hujahnya. Beliau tidak pernah berkata tentang suatu cabang ilmu, baik ilmu syariat atau ilmu lain, melainkan dari masing-masing ahli ilmu itu pasti terhenyak. Beliau mempunyai goresan tinta indah, ungkapan-ungkapan, susunan, pembagian kata dan penjelasannya sangat bagus dalam penyusunan buku-buku.

Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (wafat th. 748 H) juga berkata: Dia adalah lambang kecerdasan dan kecepatan memahami, paling hebat pemahamannya terhadap Al-Kitab was-Sunnah serta perbedaan pendapat, dan lautan dalil naqli. Pada zamannya, beliau adalah satu-satunya baik dalam hal ilmu, zuhud, keberanian, kemurahan, amar ma`ruf, nahi mungkar, dan banyaknya buku-buku yang disusun dan amat menguasai hadits dan fiqh.

Pada umurnya yang ke tujuh belas beliau sudah siap mengajar dan berfatwa, amat menonjol dalam bidang tafsir, ilmu ushul dan semua ilmu-ilmu lain, baik pokok-pokoknya maupun cabang-cabangnya, detailnya dan ketelitiannya. Pada sisi lain Adz-Dzahabi mengatakan: Dia mempunyai pengetahuan yang sempurna mengenai rijal (mata rantai sanad), Al-Jarhu wat Ta`dil, Thabaqah-Thabaqah sanad, pengetahuan ilmu-ilmu hadits antara shahih dan dhaif, hafal matan-matan hadits yang menyendiri padanya .. Maka tidak seorangpun pada waktu itu yang bisa menyamai atau mendekati tingkatannya . Adz-Dzahabi berkata lagi, bahwa: Setiap hadits yang tidak diketahui oleh Ibnu Taimiyah, maka itu bukanlah hadist.

Demikian antara lain beberapa pujian ulama terhadap beliau.

DA`I, MUJAHID, PEMBASMI BID`AH DAN PEMUSNAH MUSUH

Sejarah telah mencatat bahwa bukan saja Ibnu Taimiyah sebagai da`i yang tabah, liat, wara`, zuhud dan ahli ibadah, tetapi beliau juga seorang pemberani yang ahli berkuda. Beliau adalah pembela tiap jengkal tanah umat Islam dari kedzaliman musuh dengan pedannya, seperti halnya beliau adalah pembela aqidah umat dengan lidah dan penanya.

Dengan berani Ibnu Taimiyah berteriak memberikan komando kepada umat Islam untuk bangkit melawan serbuan tentara Tartar ketika menyerang Syam dan sekitarnya. Beliau sendiri bergabung dengan mereka dalam kancah pertempuran. Sampai ada salah seorang amir yang mempunyai diin yang baik dan benar, memberikan kesaksiannya: "tiba-tiba (ditengah kancah pertempuran) terlihat dia bersama saudaranya berteriak keras memberikan komando untuk menyerbu dan memberikan peringatan keras supaya tidak lariâ" Akhirnya dengan izin Allah Ta`ala, pasukan Tartar berhasil dihancurkan, maka selamatlah negeri Syam, Palestina, Mesir dan Hijaz.

Tetapi karena ketegaran, keberanian dan kelantangan beliau dalam mengajak kepada al-haq, akhirnya justru membakar kedengkian serta kebencian para penguasa, para ulama dan orang-orang yang tidak senang kepada beliau. Kaum munafiqun dan kaum lacut kemudian meniupkan racun-racun fitnah hingga karenanya beliau harus mengalami berbagai tekanan di pejara, dibuang, diasingkan dan disiksa.

KEHIDUPAN PENJARA

Hembusan-hembusan fitnah yang ditiupkan kaum munafiqin serta antek-anteknya yang mengakibatkan beliau mengalami tekanan berat dalam berbagai penjara, justru dihadapi dengan tabah, tenang dan gembira. Terakhir beliau harus masuk ke penjara Qal`ah di Dimasyq. Dan beliau berkata: Sesungguhnya aku menunggu saat seperti ini, karena di dalamnya terdapat kebaikan besar.

Dalam syairnya yang terkenal beliau juga berkata:

Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!
Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadaku
Kemanapun ku pergi, ia selalu bersamaku
dan tiada pernah tinggalkan aku.

Aku, terpenjaraku adalah khalwat
Kematianku adalah mati syahid
Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.

Beliau pernah berkata dalam penjara:

Orang dipenjara ialah orang yang terpenjara hatinya dari Rabbnya, orang yang tertawan ialah orang yang ditawan orang oleh hawa nafsunya.

Ternyata penjara baginya tidak menghalangi kejernihan fitrah islahiyah-nya, tidak menghalanginya untuk berdakwah dan menulis buku-buku tentang aqidah, tafsir dan kitab-kitab bantahan terhadap ahli-ahli bid`ah.

Pengagum-pengagum beliau diluar penjara semakin banyak. Sementara di dalam penjara, banyak penghuninya yang menjadi murid beliau, diajarkannya oleh beliau agar mereka iltizam kepada syari`at Allah, selalu beristighfar, tasbih, berdoa dan melakukan amalan-amalan shahih. Sehingga suasana penjara menjadi ramai dengan suasana beribadah kepada Allah. Bahkan dikisahkan banyak penghuni penjara yang sudah mendapat hak bebas, ingin tetap tinggal di penjara bersamanya. Akhirnya penjara menjadi penuh dengan orang-orang yang mengaji.

Tetapi kenyataan ini menjadikan musuh-musuh beliau dari kalangan munafiqin serta ahlul bid`ah semakin dengki dan marah. Maka mereka terus berupaya agar penguasa memindahkan beliau dari satu penjara ke penjara yang lain. Tetapi inipun menjadikan beliau semakin terkenal. Pada akhirnya mereka menuntut kepada pemerintah agar beliau dibunuh, tetapi pemerintah tidak mendengar tuntutan mereka. Pemerintah hanya mengeluarkan surat keputusan untuk merampas semua peralatan tulis, tinta dan kertas-kertas dari tangan Ibnu Taimiyah.

Namun beliau tetap berusaha menulis di tempat-tempat yang memungkinkan dengan arang. Beliau tulis surat-surat dan buku-buku dengan arang kepada sahabat dan murid-muridnya. Semua itu menunjukkan betapa hebatnya tantangan yang dihadapi, sampai kebebasan berfikir dan menulis pun dibatasi. Ini sekaligus menunjukkan betapa sabar dan tabahnya beliau. Semoga Allah merahmati, meridhai dan memasukkan Ibnu Taimiyah dan kita sekalian ke dalam surganya.

WAFATNYA

Beliau wafatnya di dalam penjara Qal`ah Dimasyq disaksikan oleh salah seorang muridnya yang menonjol, Al-`Allamah Ibnul Qayyim Rahimahullah.

Beliau berada di penjara ini selama dua tahun tiga bulan dan beberapa hari, mengalami sakit dua puluh hari lebih. Selama dalam penjara beliau selalu beribadah, berdzikir, tahajjud dan membaca Al-Qur`an. Dikisahkan, dalam tiap harinya ia baca tiga juz. Selama itu pula beliau sempat menghatamkan Al-Qur`an delapan puluh atau delapan puluh satu kali.

Perlu dicatat bahwa selama beliau dalam penjara, tidak pernah mau menerima pemberian apa pun dari penguasa.

Jenazah beliau dishalatkan di masjid Jami`Bani Umayah sesudah shalat Zhuhur. Semua penduduk Dimasyq (yang mampu) hadir untuk menshalatkan jenazahnya, termasuk para Umara`, Ulama, tentara dan sebagainya, hingga kota Dimasyq menjadi libur total hari itu. Bahkan semua penduduk Dimasyq (Damaskus) tua, muda, laki, perempuan, anak-anak keluar untuk menghormati kepergian beliau.

Seorang saksi mata pernah berkata: Menurut yang aku ketahui tidak ada seorang pun yang ketinggalan, kecuali tiga orang musuh utamanya. Ketiga orang ini pergi menyembunyikan diri karena takut dikeroyok masa. Bahkan menurut ahli sejarah, belum pernah terjadi jenazah yang dishalatkan serta dihormati oleh orang sebanyak itu melainkan Ibnu Taimiyah dan Imam Ahmad bin Hambal.

Beliau wafat pada tanggal 20 Zulhijjah 728 H dan dikuburkan pada waktu Ashar di samping kuburan saudaranya Syaikh Jamal Al-Islam Syarafuddin. Semoga Allah merahmati Ibnu Taimiyah, da`i, mujahidd, pembasmi bid`ah dan pemusnah musuh. Wallahua`lam.