AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Teras Agama Islam

Salamun'alaik...

Teras ajaran Islam adalah Al-Quran dan Sunnah seperti yang disebutkan oleh baginda S.A.W: Al-Irbâdh bin Sariyah radhiyallâhu'anhu berkata:

Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam memberikan nasehat kepada kami dengan nasehat yang menyentuh hati, menjadikan mata bercucuran air mata dan hati bergetar karenanya. Kemudian kami bertanya: ”Wahai Rasûlullâh, sesungguhnya ini benar-benar nasehat orang yang berpamitan, maka apakah yang engkau wasiatkan kepada kami?” Beliau bersabda: “Aku telah meninggalkan kalian di atas (agama) yang putih (terang, jelas); malamnya seperti siangnya, tidak ada seorang pun menyimpang darinya, melainkan orang yang binasa. Barangsiapa di antara kalian yang hidup setelahku, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sesuatu yang kalian ketahui dari Sunnahku dan Sunnah para Khulafâur Râshidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah-sunnah tersebutdengan geraham-geraham kalian. Hendaklah kalian taat walaupun kepada budak Habsyi (yang menjadi pemimpinmu), karena seorang Mukmin itu seperti onta yang penurut, kemana ia di bawa, ia tunduk.” (Hadits Shahîh. Riwayat Ibnu Mâjah no. 43; Ahmad 4/126; dan Ibnu Abi ‘Ashim no. 48, 49. Terjemahan diambil tanpa perubahan daripada Majalah As-sunnah)

Kegagalan kita umat Islam hari ini adalah kerana kita gagal di dalam banyak sudut terutamanya di dalam memahami dan berinteraksi dengan Al-Quran dan Sunnah. Kita hidup dalam banyak kepura-puraan dan berprasangka.

Kita banyak berprasangka tentang sesuatu amalan yang baik itu PASTI akan membawa kepada syurga abadi. Tetapi sangkaan kita sama sekali meleset. Ini kerana telah jelas sesuatu AMALAN IBADAH itu DIWAJIBKAN mengikut telunjuk yang telah digariskan oleh Al-Quran mahupun telah ditunjukkan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W serta salaf assolleh seperti mana sabda baginda di dalam hadis berikut: Yang bermaksud:

"Tidaklah aku meninggalkan sesuatu dari apa yang Allâh perintahkan kepada kamu kecuali aku telah memerintahkannya, dan tidak pula aku meninggalkan sesuatu dari apa yang Allâh Ta'âla larang kepada kamu kecuali aku telah melarangnya" (Hadits Shahîh dengan seluruh jalur riwayatnya. Riwayat Syâfi’i, al-Baihaqi, al-Khathib al-Baghdâdi, dan lainnya. Dishahîhkan oleh Syaikh al-Albâni di dalam Silsilah ash-Shahîhah 4/416-417 dan Syaikh Ahmad Syâkir dalam Ta’lîqur-Risâlah, hlm. 93-103. Dinukil dari Al-Bid’ah Wa Atsaruha As-Sayyi’ Fil Ummah, hlm 25)

Maka, di dalam kita jalankan ibadat kita kepada Allah, semua amalan kita harusnya berteraskan dalil yang kukuh daripada Al-Quran, Sunnah mahupun salaf assolleh. Jika tidak, Yang bermaksud "Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak ada padanya tuntunan kami, maka amalan itu tertolak." (HR. Muslim no. 1718)

Maka semua sangkaan kita bahawa semua amalan yang kita yakin baik dan mendapat keredhaan Allah Taala adalah sama sekali tertolak. Kita tidak mampu mencipta sesuatu yang tidak ada dalil dan asal usul pun di dalam agama ini semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah Taala. Seperti mana firman Allah Taala:

Yang bermaksud: Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Ku-ridhai Islam menjadi agamamu. (Qs al-Mâidah/5:3)

Kesempurnaan risalah yang telah nabi sampaikan kepada kita melalui Al-Quran dan Sunnah baginda melalui apa yang telah diperintahkan kepada baginda oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada lagi tambahan-tambahan di dalam melakukan ibadat kecuali dengan dalil yang sahih.

Maka, umat Islam hari ini seharusnya, menjadikan dalil Al-Quran, Sunnah Rasulillah dan petunjuk daripada salah assolleh di dalam menunaikan ibadat kepada Allah Taala. Setiap amalan itu harus berdalil supaya kita tidak terjerumus kepada murka Allah kelak. Teras ini bakal menjadikan umat Islam kuat dan gagah semula seperti pada zaman salaf assolleh, insyaAllah.

Wa'allahu'alam..

Mukadimmah

Salamun'alaik

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan segala nikmat dan rezeki yang melimpah ruah serta nikmat iman kepadaNya. Syukur juga kerana pada hari ini kita masih mampu dan ikhlas bersujud kepadaNya tanpa ada paksaan mahupun ingin menunjuk-nunjuk.

Tidak ada satupun kelebihan di atas diri ini berbanding dengan manusia yang lain pun melainkan ketaqwaan kepada Allah Taala, nikmat yang paling besar untuk kita dapatkan. SubhanaAllah. Kehidupan kita sehari-hari banyak memberi inspirasi kepada kita untuk terus berusaha meningkatkan amal soleh kita terutamanya pada bulan yang mulia dna penuh rahmat ini bulan Ramadan.

Syukur tidak terhingga kerana setiap apa yang berlaku kepada orang Islam itu merupakan satu rahmat yang menjanjikan pahala setiap masa dan ketika selagi ia mampu bersabar di atas ujian serta masih mengikut jalan salaf, yang berpegang kepada Al-Quran yang merupakan teras utama pegangan hidup kita, kemudian sunnah Rasulillah S.A.W sebagai pendokong/pengukuh kepada pemahaman kita serta petunjuk-petunjuk yang ditunjukkan oleh para sahabat, tabi' tabi' tabiin dan ulama'-ulama' yang mujtahid.

Sebagai pengenalan untuk blog ini, saya cuma mewujudkan blog ini atas dasar membaiki diri, sebagai ingat-ingatan kepada diri yang lemah ini dikala lupa, dikala hilang arah, dikala ditimpakan musibah sehingga hati ini mungkin berbolak balik.

Sesungguhnya apa yang Allah dugakan kita itu cuma ujian kecil untuk kita muhasabah diri, untuk kita berfikir sejauh mana keikhlasan kita kepadaNya, sebagai hambaNya 24/7..

InsyaAllah, jikalau ada kesempatan lagi untuk mencoretkan pelbagai nasihat dan cerita untuk meningkatkan keimanan kita pada entri-entri akan datang..

Dan terima kasih juga kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca blog ini, moga-moga kita bersama mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah..

Wassalamualaikum w.b.r.