Salamun'alaik
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan segala nikmat dan rezeki yang melimpah ruah serta nikmat iman kepadaNya.
Syukur juga kerana pada hari ini kita masih mampu dan ikhlas bersujud kepadaNya tanpa ada paksaan mahupun ingin menunjuk-nunjuk.
Tidak ada satupun kelebihan di atas diri ini berbanding dengan manusia yang lain pun melainkan ketaqwaan kepada Allah Taala, nikmat yang paling besar untuk kita dapatkan.
SubhanaAllah. Kehidupan kita sehari-hari banyak memberi inspirasi kepada kita untuk terus berusaha meningkatkan amal soleh kita terutamanya pada bulan yang mulia dna penuh rahmat ini bulan Ramadan.
Syukur tidak terhingga kerana setiap apa yang berlaku kepada orang Islam itu merupakan satu rahmat yang menjanjikan pahala setiap masa dan ketika selagi ia mampu bersabar di atas ujian serta masih mengikut jalan salaf, yang berpegang kepada Al-Quran yang merupakan teras utama pegangan hidup kita, kemudian sunnah Rasulillah S.A.W sebagai pendokong/pengukuh kepada pemahaman kita serta petunjuk-petunjuk yang ditunjukkan oleh para sahabat, tabi' tabi' tabiin dan ulama'-ulama' yang mujtahid.
Sebagai pengenalan untuk blog ini, saya cuma mewujudkan blog ini atas dasar membaiki diri, sebagai ingat-ingatan kepada diri yang lemah ini dikala lupa, dikala hilang arah, dikala ditimpakan musibah sehingga hati ini mungkin berbolak balik.
Sesungguhnya apa yang Allah dugakan kita itu cuma ujian kecil untuk kita muhasabah diri, untuk kita berfikir sejauh mana keikhlasan kita kepadaNya, sebagai hambaNya 24/7..
InsyaAllah, jikalau ada kesempatan lagi untuk mencoretkan pelbagai nasihat dan cerita untuk meningkatkan keimanan kita pada entri-entri akan datang..
Dan terima kasih juga kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca blog ini, moga-moga kita bersama mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah..
Wassalamualaikum w.b.r.

0 comments:
Post a Comment