AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Peringatan Buat Wanita

Hadith #5: Wanita menyerupai Lelaki

قيل لعائشة : إن امرأة تلبس النعل ، فقالت : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجلة من النساء
الراوي: عائشة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4099
Dari Ibn Abi Mulaikah :
bahawa Aisyah ditanya, "apakah boleh perempuan memakai selipar lelaki?" Beliau menjawab," Sesungguhnya RasuluLlah melaknat perempuan yg menyerupai lelaki." HR Abu Daud, 4099.

Tahqiq al-Albani:
خلاصة الدرجة: سكت عنه
الراوي: عائشة المحدث: الألباني - المصدر: جلباب المرأة - الصفحة أو الرقم: 146
خلاصة الدرجة: صحيح بشواهده
hadith ini lemah sanadnya kerana 'an`anah dari Ibn Juraij, tapi hadith ni ada syawaahid (penguat2), antaranya HR al-Bukhori dari Ibn Abbas
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال .
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 5885
"RasuluLlah melaknat perempuan yg menyerupai lelaki dan sebaliknya.." sahih Bukhori, #5885.

Fiqh al-Hadith:

Kata Imam Syamsyul Haq al-Abadi, " maksud laknat dalam hadith ini ialah terlaknat kaum wanita yg menyerupai lelaki dalam berpakaian dan perilaku; jika dalam keilmuan ia terpuji pula ('Awn al-Ma'abud, syarh sunan Abu Daud, 11:157)

Kata al-Hafidz, maksudnya lelaki tidak boleh menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan yg khusus buat wanita. Dalam bab pakaian, ia mungkin dipengaruhi juga oleh adat resam setiap bangsa dan negara, namun ia mesti berbeda dgn adanya penutup kepala atau tudung. Penutup kepala perempuan itulah pembeda yg kritikal yg membedakan dari lelaki (al-Fath, 10:332)

kata al-Hafidz al-Zahabi, " maksud wanita menyerupai lelaki ialah dia memakai pakaian yg ketat, berlubang, dan lengan baju yg sempit pula..( al-Kabair, 129)

kata pula Syaikhul Islam, maksud penyerupaan ialah luas, umumnya semua pakaian yg biasa dipakai oleh kaum lelaki walaupun pakaian lelaki tsb menutup aurat mereka (MF, 22: 155)


Credit: THTL (www.al-fikrah.net)
Link: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7901/postdays=0/postorder=asc/start=0.html
Kitab: Husnul Uswah karya al-Muhaddith Sayyid Siddiq Hassan Khan al-Bukhari al-Qinauji, Muhaddith India yg tersohor, w. 1307H (1889M)


Ulasan saya:

Telah banyak berlaku wanita2 memakai pakaian yg ketat2, berlubang dan lengan baju yang sempit. Sesungguhnya Rasulullah MELAKNAT mereka2 yg menyerupai lelaki ini. Kembalilah kepada agama yg syumul.

Haji

Salam..


Setiap kali sampainya hari raya haji, hati ini seakan2 berdengup2 dan berdebar2, sayunya hati ini kerana rindunya menemuiNya. Sejak dari ekcil lagi angan2 ingin menunaikan haji di Tanah Haram.

Alangkah bahagianya jika berada di sana menunaikan haji di Baitul haram, di tanah kelahiran KekasihNya, tempat perjuangan dan persemadian Rasulullah s.a.w...

Ya Allah ya tuhanku, berikanlah peluang kepadaku untuk menunaikan haji di rumahMu ya Allah walaupun sekali, semoga hati ini tenteram sebelum menemuiMu kelak.

Hanya mereka yg dijemput Allah bakal ditakdirkan melakukan haji di tanah haram tersebut, semoga sy termasuk para jemputanNya nanti di sana. Insyaallah, amiin..

Qurban

Salam..
Entri kali ni saya nak cerita pasal Qurban sempena dengan kehadiran Hari Raya Qurban.
Telahkah kita berkorban demiNya? seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya? semata2 kerana yakin dan menunaikan janjinya kepada Tuhan rabbolalamin. Jikalau kita ditempat Nabi Ibrahima as, mampukah kita melakukan pengorbanan sesuci dan seikhlas beliau?

Subahanallah, maka sesungguhnya pengorbanan yg tertinggi adalah mengorbankan apa yg paling disayanginya semata2 kerana Allah.

Setiap orang pasti akan melakukan pengorbanan, kita mesti memilih dan mengorbankan sesuatu apa yg telah menajdi milik kita kepada orang lain. Tapi pengorbanan terhadap manusia tidak cukup, kadang2 kita iklas, kemudian kita mengungkit, kemudian kita meminta balik apa yg telah kita korbankan dan berikan kepada orang lain. SEmoga kita dijauhi dengan sifat jelek tersebut..

Broadband~

Salam..

Kali ni nak review pasal Broadband..

Student Rate
Provider-----------Kelajuan-----------Volume Quota*-----------Harga
Maxis-----------7.2 MBps-----------2Gb-----------RM48/sebulan
Digi-----------384 Kbps-----------Unlimited-----------RM35/sebulan
Celcom-----------384 Kbps-----------Unlimited-----------RM20/seminggu

* jika melebihi kuota ini, ia akan mengurangkan kelajuan internet
** Pakej2 ini tidak disediakan/disertakan dengan modem broadband

Meramal...Amalan tidak diterima 40 malam!

Salam, meramal? banyak sangat ramalan2 tentang cap jari, bentuk muka, tarikh lahir dsb. Dan tahukah kita ia adalah dilarang dalam agama islam??

Berikut merupakan jenis-jenis dan dalil yang mengatakan mengenai MERAMAL.
Credit to Al-Fikrah.net.


Personaliti/nasib masa depan melalui sifat:
- kumpulan darah
- bentuk muka
- bentuk jari
- tahi lalat
- warna disuka
- warna tidak disuka
- tarikh lahir
- ketinggian isteri - suami
- bulan lahir isteri - suami
- dsbgnya

Rasulullah telah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Erti:
Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah sembahyangnya selama 40 malam.

Kalaulah benar buku tu berasaskan tilik nasib, tapi dah baca maka solat tak diterima 40 malam pastu kalau percaya... hadis di bawah kata kita kafir.

2) Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد
Erti:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / sami lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad

Berhati2lah kita suapaya kita tidak tergolong orang2 yang tidak dimurkai Allah.