Hadith #5: Wanita menyerupai Lelaki
قيل لعائشة : إن امرأة تلبس النعل ، فقالت : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجلة من النساء
الراوي: عائشة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4099
Dari Ibn Abi Mulaikah :
bahawa Aisyah ditanya, "apakah boleh perempuan memakai selipar lelaki?" Beliau menjawab," Sesungguhnya RasuluLlah melaknat perempuan yg menyerupai lelaki." HR Abu Daud, 4099.
Tahqiq al-Albani:
خلاصة الدرجة: سكت عنه
الراوي: عائشة المحدث: الألباني - المصدر: جلباب المرأة - الصفحة أو الرقم: 146
خلاصة الدرجة: صحيح بشواهده
hadith ini lemah sanadnya kerana 'an`anah dari Ibn Juraij, tapi hadith ni ada syawaahid (penguat2), antaranya HR al-Bukhori dari Ibn Abbas
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال .
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 5885
"RasuluLlah melaknat perempuan yg menyerupai lelaki dan sebaliknya.." sahih Bukhori, #5885.
Fiqh al-Hadith:
Kata Imam Syamsyul Haq al-Abadi, " maksud laknat dalam hadith ini ialah terlaknat kaum wanita yg menyerupai lelaki dalam berpakaian dan perilaku; jika dalam keilmuan ia terpuji pula ('Awn al-Ma'abud, syarh sunan Abu Daud, 11:157)
Kata al-Hafidz, maksudnya lelaki tidak boleh menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan yg khusus buat wanita. Dalam bab pakaian, ia mungkin dipengaruhi juga oleh adat resam setiap bangsa dan negara, namun ia mesti berbeda dgn adanya penutup kepala atau tudung. Penutup kepala perempuan itulah pembeda yg kritikal yg membedakan dari lelaki (al-Fath, 10:332)
kata al-Hafidz al-Zahabi, " maksud wanita menyerupai lelaki ialah dia memakai pakaian yg ketat, berlubang, dan lengan baju yg sempit pula..( al-Kabair, 129)
kata pula Syaikhul Islam, maksud penyerupaan ialah luas, umumnya semua pakaian yg biasa dipakai oleh kaum lelaki walaupun pakaian lelaki tsb menutup aurat mereka (MF, 22: 155)
Credit: THTL (www.al-fikrah.net)
Link: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7901/postdays=0/postorder=asc/start=0.html
Kitab: Husnul Uswah karya al-Muhaddith Sayyid Siddiq Hassan Khan al-Bukhari al-Qinauji, Muhaddith India yg tersohor, w. 1307H (1889M)
Ulasan saya:
Telah banyak berlaku wanita2 memakai pakaian yg ketat2, berlubang dan lengan baju yang sempit. Sesungguhnya Rasulullah MELAKNAT mereka2 yg menyerupai lelaki ini. Kembalilah kepada agama yg syumul.

0 comments:
Post a Comment