AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Kembalilah kepada AlQuran dan Sunnah

Assalamualaikum wbr..

Saya menyeru semua saudara/saudari supaya kembalilah kepada AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw. Hanya mereka yg berpegang teguh dgn tali Allah (AlQuran dan asSunnah) sahaja yg akan terselamat di dunia dan akhirat.

"Dan inilah jalanKu yg lurus, maka turutlah dia, dan janganlah kamu menuruti jalan2 yg selain itu!" (al-an'am:153)

Kembali kepada AlQuran dan asSunnah bermaksud dengan menuruti segala perintah dan laranganNya. Kembali kpd AlQuran dan asSunnah juga bermaksud dengan tidak menambah dan mengurangkan segala bentuk ibadah dan syariat Allah Taala. Juga dengan menjauhkan diri dengan perkara2 yg membatalkan iman seperti Syirik dan Bida'ah.

Kembalilah kepada akidah para salaf. Sebarang bentuk perkara baru di dalam syariat dan agama Allah, maka tempatnya adalah di Neraka.. Sabda Nabi saw:

"sesiapa yg mengada2kan dlm urusan kami ini yg tidak ada asalnya, maka ia tertolak" (HR. Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa yg tidak sukakan Sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku" (HR. Bukhari)

Contoh2 mengenai bida'ah ini saya akan kemukakan kemudian, insyaallah.. Akan bersambung...


Rujukan buku:
1. Syirik dan Bida'ah - Prof Dr Yusof AlQardawi
2. Belitan Iblis (Talbis Iblis) - Ibn Jauzi
3. Membela Islam - Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Negeri Perlis Darul Khusus)

0 comments:

Post a Comment