Assalamualaikum...
Banyak saya rasa sy mahu ceritakan kpd semua..
Perkara 1
Skrg sy masih dalam perubahan fasa 12...diharap sy dapat mencapai matlamat sy kali ini. Insyaallah sy akan kurangkan bercakap benda2 yg tidak berfaedah.. Cuba memperbanyakkan zikir dan selawat... Cuba mendekatkan diri dgn Dia... Cuba mendinding diri dengan perkara mungkar dan maksiat...
Doakan semoga sy berjaya di fasa 12 nni..sebelum masa menjemput sy menemuiNya..
Perkara 2
Sejak kebelakangan ini makin byk masalah yg timbul.. Memang betul, manusia jika tidak diuji, kita tidak tau setakat mana kita mampu mengingatiNya, setakat mana kita menjadi Waras, setakat mana kita menghadapinya, setakat mana kita berusaha mencari jalan keluarnya... sejauh mana tahap kekuatan kita untuk menghadapinya pada masa akan datang..
Subhanallah.. rupanya sy masih jauh untuk menemuiNya.. Diri ini terlalu lemah untuk meneruskan perjuangan ini..tapi sy masih ingat janjiku dgn seseorg.. Sy mesti kuat dlm menempuh pelbagai dugaan hidup.. Tidak boleh melarikan diri lagi dari segala masalah..tidak ada lagi cobaan2 untuk membunuh diri..tidak ada lagi penyesalan di atas segala keputusan yg dibuat..
Ya Allah ya tuhanku... Ampunilah segala dosa2ku..dosa2 kedua ibubapaku, dosa2 guru2ku, kaum keluargaku, sahabat handaiku, para pelajarku serta org2 mukmin sekalian, dan janganlah Engkau hukum kami diatas kelupaan kami..Janganlah Engkau hukum kami diatas perkara yg kami tidak sengaja dan perkara2 yg kami lupa...dan ampunilah kami diatas keterlanjuran2 kami dlm menurut perintahMu ya Rabbi..Amiin..
Perkara 3
Tadi baru ku dapat tahu mengenai seorang sahabat baikku...sedey mendengar perkhabaran berita beliau..Beliau masih dan terpaksa extand 2 semester lagi.. Ini akan menjadikan keseluruhan semester beliau 10 semester = 5 Tahun..macam ambik medic padahal ia cuma biotek saja.. Beliau sangat dengil dengan teguran sy dahulu dan siap marah2 lagi.. Entahlah, moga2 beliau ccepat2 hbs belajar dan dapat berkhidmat untuk kedua org tua beliau, kepada agama, masyarakat dan negara.. Amiin..
Perkara 4
Menjelang umur 24 tahun ni ramai sahabat2ku telah melangsungkan perkahwinan..sedih+gembira+susah hati.. ye la.. susah sudah mau reunion.. dan masa sy juga xlama lagi bakal menyusul..huhu.. Tapi janji2 ku kepada kedua org tua ku masih ku genggam erat..Harus menghabiskan pengajianku di sini dan membantu adik2ku dahulu sebelum ke jinjang pelamin.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku ini. Dan kepada sahabat handai, selamat melangsungkan perkahwinan dan semoga anda berbahagia dengan dia selama2nya..ok
Perkara 5
Memang penat selama 24 tahun hidup didunia ini dengan pelbagai kisah yg mostly pahit. Tapi ia banyak mengajarku erti belajar sendiri, erti disiplin dan kekuatan diri dan ia banyak mengubahku menjadi diriku yg skrg. Alhamdulillah, Allah masih sayangkanku dgn masih memberiku jalan dan kekuatan diri untuk terus berjuang.
Cerita ini akan bersambung pada2 entri2 akan datang, insyaallah..

0 comments:
Post a Comment