AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

20 Tanda2 Mati yg Membawa petanda baik pt2

sambungan...

Petanda mati baik #11: Mati kerana runtuhan

والذي يموت تحت الهدم شهيد

Mati kena ditimpa keruntuhan ni termasuklah ditimpa batu, tanah runtuh, hujan batu atau apa saja yg menimpanya.

Petanda mati baik #12: Perempuan yang mati disebabkan anak yg dikandungnya


والمرأة تموت بجمع شهيدة

Selalunya dalam kes ni ialah yg paling common ialah mati bersalin. Tapi dengan kemajuan teknologi perubatan, kadar wanita mati bersalin ni sudah semakin berkurangan. Namun jika ada kes2 di maan perempuan mati ketika bersalin, maka dia mendapat syahid dan husnul khootimah

Petanda mati baik #13: Mati kerana batuk kering (TB)

dalil:
السل شهادة
الراوي: عبادة بن الصامت المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 3691
خلاصة الدرجة: صحيح
terjemah: dari `Ubadah bin as-Shomit Radial-Lah-hu-'anh
"dan mati kerana batuk kering adalah syahid" HR Tabrani
Dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami`, no 3691
juga no 4439/dorar, dari Rashid bin Hubaish

Petanda Mati yg Baik #14: Mati kerana menjaga harta


من قتل دون ماله فهو شهيد
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 141
خلاصة الدرجة: صحيح

terjemah: "Barangsiapa yg mari kerana mempertahankan hartanya, dia syahid." HR Muslim

Cth: si Fulan bergelut dgn perompak, dan ditetak hingga mati, maka dia mati dgn husnul khootimah...

Petanda mati yg Baik #15: Mati kerana mempertahankan Agama


ومن قتل دون دينه فهو شهيد
الراوي: سعيد بن زيد بن عمرو بن نفيل المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1421
خلاصة الدرجة: حسن

Dari Sa'id bin Zaid
" Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid." sunan atTermizi, hasan, no 1421

cth: wanita Islam di Germany, dibunuh kerana memakai hijab, yakni dia mempertahankan pakaian Islam di negara kafir lalu beliau dibunuh.

Petanda mati yg Baik #16: Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga

ومن قتل دون دمه فهو شهيد ، ومن قتل دون أهله فهو شهيد
الراوي: سعيد بن زيد بن عمرو بن نفيل المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1421
خلاصة الدرجة: حسن

terjemah: "Barangsiapa yg mati mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yg mati mempertahankan nyawa ahli keluarganya." hadith hasan, HR Termidzi, no 1421

Cth:

Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati dgn husnul khaatimah (petanda baik)

Petanda mati yg baik #17: Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas (khusus utk militeri dan mujahidin)

dalil hadith: dari jalur Salman Radial-Lah-hu-'anh

رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه . وإن مات ، جرى عليه عمله الذي كان يعمله ، وأجري عليه رزقه ، وأمن الفتان
الراوي: سلمان الفارسي المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 1913
terjemahnya: "Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur)." HR Muslim, no 1913

Petanda Husnul Khootimah #18: Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh.
Dari Hudzaifah :ra, Nabi S.A.W bersabda:
من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ، ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ، ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة .
الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: الألباني - المصدر: أحكام الجنائز - الصفحة أو الرقم: 58
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح

"Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, ia masuk syurga;
b/siapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, ia masuk syurga; b/siapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas (mengharap wajah Allah), lalu dia mati ketika itu, ia masuk syurga." HR Imam Ahmad, dinilai sahih sanadnya oleh al-Muhaddith al-Albani dalam Ahkam al-jana'iz/58

syarh: seseorang yg mati ketika ia sedang mengerjakan amal soleh, maka ia mati dgn petanda yg baik.

Petanda mati dgn Husnul Khootimah #19: Meninggal di kota Madinah


- حدثنا عبد الله حدثني أبي حدثنا عفان حدثنا الحسن بن أبي جعفر عن أيوب عن نافع عن بن عمر عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من استطاع أن يموت بالمدينة فليمت فإني أشفع لمن يموت بها
تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح
al-Albani:
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3917
خلاصة الدرجة: صحيح
Dari jalur Ibn Umar :ra, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

" Barangsiapa yg mampu mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafa`at terhadap sesiapa yg mati di situ." HR Ahmad, atTermidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban; dinilai sahih oleh syaikh Syu`aib al-Arnaouth dan al-Albani.
syarh: Peluang tsb terbuka utk mereka yg berhaji dan umrah bila mereka ziarah ke kota Madinah Tayyibah, juga pelajar dan pekerja Malaysia yg berada di sana.

Petanda Mati Molek #20: Mati dibunuh oleh Pemerintah yang Zalim

Dari Jabir :ra, Nabi S.A.W bersabda:

سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ، و رجل قام إلى إمام جائر فأمره و نهاه فقتله
الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 374
خلاصة الدرجة: صحيح

terjemahnya: Penghulu syuhada' ialah Hamzah bin Abdul Muttholib dan lelaki yg berdiri kpd Imam (Penguasa) yang zalim, maka dia menyeru dan menegahnya (penguasa) lalu ia dibunuh." HR al-Hakim

Hadith ini dinilai oleh mutaqaddimun sebagai sahih, antaranya Imam al-Albani, silsilah al-Sahihah, no 374, dinilai Hasan oleh al-Hafiz.

Penilaian muktamad dari Jabatan Hadith terhadap status hadis tsb


ALL CREDIT TO: THTL (AL-FIKRAH.NET)

20 Tanda2 Mati yg Membawa petanda baik

Salam, kali ini kita tengok 20 tanda2 mati yg membawa petanda baik, diambil dari al-fikrah.net

Satu: Dapat mengucap

Dalil: Dari Mu`adz bin Jabal Radial-Lah-hu-'anh

من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة
الراوي: معاذ بن جبل المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 3116
خلاصة الدرجة: صحيح HR Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim

terjemah: siapa yg akhir ucapannya ialah "La ilaha illaLlah" maka ia dapat masuk Syurga." di nilai sahih oleh al-Albani

Tip: Pastikan anda mentalqin orang kesayangan anda ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.

Mati yg baik #2: Mati hari Juma`at


Dari Abdullah bin Amru bin al-`Ash Radial-Lah-hu-'anh

ما من مسلم يموت يوم الجمعة ، أو ليلة الجمعة ، إلا وقاه الله فتنة القبر .
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: الألباني - المصدر: أحكام الجنائز - الصفحة أو الرقم: 49
خلاصة الدرجة: بمجموع طرقه حسن أو صحيح HR Ahmad dan Termidzi

terjemahnya: Mana2 Muslim yang mati di siang hari Juma`at atau malam Juma`at,, niscaya Allah selamatkan akandia dari fitnah kubur."

al-Albani menilainya hasan atau sahih dalam Ahkam al-Jana'iz


Petanda mati baik #3: Percikan Peluh di dahi

Dari Buraidah bin al-Hashib Radial-Lah-hu-'anh

المؤمن يموت بعرق الجبين
الراوي: بريدة بن الحصيب الأسلمي المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 982
خلاصة الدرجة: حسن HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.

terjemahnya:" Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya." dinilai Hasan oleh at-Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih at-Termidzi, 982

Petanda Mati baik #4: Mati syahid di medan Jihad
Petanda Mati baik #5: Mati di jalan Allah


Dalil: Dari Abu Hurairah Radial-Lah-hu-'anh

من قتل في سبيل الله فهو شهيد . ومن مات في سبيل الله فهو شهيد
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 1915
terjemahnya: " B/siapa yg terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah (mati) syahid.
B/siapa yg mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid" sahih Muslim, 1915

Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestine, Iraq, Afghan, Chechen dan yg sama waktu dengannya...Ini mati yg terbaik, tidak perlu dimandi, dikafan dan disolatkan.

Mati syahid degree kedua ialah mati pada jalan Allah. Cth: anda dalam perjalanan menghadiri kuliah sunnah, tiba2 accident dan meninggal dunia..itu adalah tanda mati yg baik, atau sedang sibuk jaulah dakwah 40 hari, lalu demam dan mati.

Lapan kelompok petanda mati baik: syahid kecil atau syahid akhirat

Dari Jabir bin `Atiq:

الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد ، والغرق شهيد ، وصاحب ذات الجنب شهيد ، والمبطون شهيد ، والحرق شهيد ، والذي يموت تحت الهدم شهيد ، والمرأة تموت بجمع شهيدة .
الراوي: جابر بن عتيك المحدث: الألباني - المصدر: أحكام الجنائز - الصفحة أو الرقم: 54
خلاصة الدرجة: لست أشك في صحة متنه، لأن له شواهد كثيرة
HR Malik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy, Ibn Hibban, dinilai sahih lighairihii oleh al-Albani
Petanda mati baik #6: mati kena wabak Ta'un, alMaT`uun, المطعون

Zaman dulu, wabak yg dikenali ialah Ta'un, tapi zaman kita wabak ni banyak lagi, spt selsema burung, influenza H1N1, denggi, malaria, dan seumpamanya. Maka siapa yg terkena wabak begini lalu mati, adalah mati dlm husnul khotimah

Petanda mati baik #7: Mati lemas al Gharq


والغرق شهيد Mati lemas adalah syahid.

Saban hari kita dengar mereka yg mati lemas samada mandi manda di tempat perkelahan. Mati lemas termasuklah lemas kerana banjir, lumpur, tsunami (ombak besar)atau bot karam.

Petanda mati baik #8: Sakit Paru-paru

وصاحب ذات الجنب شهيد

Zaat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zaat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair...
Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khotimah.

Petanda mati baik#9: Mati kerana komplikasi Perut


والمبطون شهيد

Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling common ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khaatimah, dapat syahid akhirat

Petanda mati yg baik #10: Mati kerana kebakaran

والحرق شهيد

Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik (husnul Khootimah). Berilah berita gembira kpd keluarganya...

TBC..

mr Alien?

Salam..

sy suka sgt dgn nick mr Alien ni, apakah dan siapakah mr Alien ni? kalau anda pernah tengok anime di astro pada tahun 2002 dulu, citer vandread.. mmg sronok dan terasa diri ni macam watak mr Alien tu..

hidup mr Alien tu dikelilingi oleh wanita2..huhu.. macam kehidupan sy gak..

apapun hidup mesti diteruskan..kan?

Berubah?

Salam, rasanya sejak 2-3 hari ini, tiba2 diri ni berubah..
Agak cepat menaikkan suara tapi bukan bermasud marah..entahla..

Sekarang masa untuk berubah dan kembali ke keadaan dulu..
Mula serius dan menetapkan visi dan misi.
Dulu apa yg diinginkan dan ditetapkan biasanya akan menjadi kenyataan, sekarang semua benda xjadi.. mungkin sebab sy dah hilang punca kot?

Tapi sekarang, semangat itu telah mula kembali, adakah ia masa utk kembali? adakah telah sampai masanya ia kembag semula? the returning of me...

Sekarang masa utk habiskan master, tetapkan pendirian dan mula serius utk masa depan.
B next year target nk mintak kerja lecturer @ spital.. tgk keadaan dulu..

Sejak akhir2 ni juga, seperti da sesuatu yg mengganggu diri ni, kadang2 rasa resah gelisah.. mungkinkah kerana dia? mungkinkah kerana ketiadaan internet dan kewangan yg menyerabutkan? entahlah, biarlah masa itu memutarkan segalanya..

Ikhlas

Salam,

Terdetik di hati ni nak kuarkan entri tajuk ikhlas ni. Ni kerana ada seseorang di fb saya mengatakan bahawa saya tak ikhlas bila sy cakap sy dah hentikan perkhidmatan percuma utk selenggara dan peminjaman cd dan dvd.

Orang mudah bercakap awak tak ikhlas.
Tapi adakah mereka juga ikhlas dalam melakukan sesuatu?
Cakap memang mudah, ikhlas bukan daripada mulut, tetapi daripada hati!

Kita tak perlu ucap kepada orang kita ikhlas @ tak.
Cuba perhatikan contoh2 berikut:
1. Saya ikhlas tolong awak... (tapi sebenarnya nak mengurat)
2. Seseorang tolong orang buta melintas jalan dan XCAKAP pon saya ikhlas tolong pakcik lintas jalan ni(die memang ikhlas, kecuali memang nak tunjuk kat org2 sekeliling).

Kalau mereka ikhlas, mehla tolong saya buat kerja2 sy yg berlambak ni.
Kalau mereka rasa sy xikhlas@ xcukup ikhlas, pi je la bawak kedai.

Saya dah cakap kenapa sy hentikan perkhidmatan percuma tersebut.
Banyak2 barangan terutama cd dan dvd simpanan saya sejak dahulu lagi org suka suki hti die je pinjam tapi xhantar, dan ade juga yg hantar tapi cd/dvd tersebut telah rosak... apa perasaan anda?
Tujuan saya tamatkan juga perkhidmatan tesebut kerana sy xmahu jadi pengedar barangan illigal lagi, nak cari sendiri..ok?
Lagi, saya memerlukan pemumpuan utk master sy utk siap semester depan, so xmau diganggu, kalau nak jugak, u must pay..

Kat kedai2 mereka mengecas antara RM20-80 bergantung kepada kedai tersebut. Bayangkan cd2/dvd2 sy tersebut berharga rm15 satu jenis software je dan kemudian rosak@hilang, betapa ruginya sy utk membantu org lain lg memerlukannya, dan betapa ruginya saya utk membeli yang baru!

OKlah nanti sambung yg lain pulak, fikir2kanlah bagi yg cume sesedap hati je cakap yer..

Sebuah Perjalanan Di Perantauan Part 2

Salam.. sambungan drp part 1

Di antara perbezaan yang ketara antara Malaysia dan Korea Selatan adalah:
1. Bahasa, umum kita tahu korea selatan bahasa ibundanya korean languange, tapi mereka terlalu jarang atau boleh dikatakan hampir semua tidka tahu berbahasa English.
2. Teknologi, mereka memang maju kedepan.
3. Mereka lebih bersopan santun (terutama di Busan)
4. Mereka tidak memakai selipar di luar rumah
5. Fastfood tidak menyediakan Chili sauce, kalau nak kne bayar lebeh.
6. Mereka xpakai baju kaler oren.
7. Menghormati orang tua
8. Bilik hotel mereka lebih kecil berbanding kita
9. Bilik hotel mereka kedekut sabun dsbg
10. Bas mereka canggih (ada suara)- semua bas termasuk yg berenti2
11. Pramugari mereka xley speaking English
12. Negara sangat2 bersih.
13. Makan di fastfood kena simpan sendiri.

Dah banyak luper, huhuhu.. nanti ingt balik akan dipost utk entri akan dtg k..
chow.. :D

Wahham

Assalamualaikum wbr..

Apakah itu wahham? cinta dunia dan takut mati. Inilah tajuk entri kali ini.
Ramai orang telah hanyut dibuai cinta dunia, sama ada dengan harta benda, wnag ringgit, anak pinak, isteri2 dan lain2. Diri ini tidak terkecuali.

Hakikat cinta itu telah disalah guna, disalah tafsir dan dimanipulasi oleh ramai orang untuk mengejar sedikit kejayaan di dunia.

Oleh kerana manusia ini disediakan satu hati yang senantiasa ingin mencintai serta ingin pula dicintai, syaitan telah menutup mata dan telinga kita daripada merasa takut kepadaNya dan seterusnya menghilangkan rasa syukur serta melakukan apa yg disuruhNya dan meninggalkan ap yg dilarangNya.

Ramai pula yang takut mati oleh kerana mereka merasakan wang mereka, anak2 mereka dan harta benda mereka mampu menghalang takdir kematian.. sesungguhnya mereka telah silap.

Diharap kita semua jauh daripada hasutan dan belitan syaitan dna iblis yg dilaknat Allah taala ini. Semoga Allah menunduk kan hati kita dengan penuh tawaduk, ikhlas dan menjadi orang2 yg bertaqwa.Amiin, insyaallah..

Sebuah Perjalanan Di Perantauan Part 1

Assalamualaikum wbr..

Maaf, sudah lama diri ini x mengupdate blog ini. Kerana kesuntukan masa dan terlalu banyak kerja. Anda boleh mengikuti perkembangan semasa hamba ini di facebook add Zul My.

Alhamdulillah, setelah seminggu dua pulang daripada Korea selatan untuk menbentangkan poster untuk geran SAGA. Special thanks to Akademi Sains Malaysia kerana sponsor perjalanan kami ini.

Perjalanan diPerantauan banyak mengajar erti hidup dan semestinya ia akan memberi inspirasi dan kekuatan di dalam meningkatkan kekuatan diri ini. Subahannallah, dunia ini sungguh indah dan banyak yg kita boleh perolehi pelbagai ilmu dan rahmat jika kita termasuk kaum yg berfikir(Al-Quran).

Dari atas kapal terbang memasuki ruang udara bumi korea selatan terlihat diri ini akan tanaman2 yg subur dan tersusun dengan bantuan teknologi yg tercangggih dan terkini. Negara kita perlu belajar bioteknologi daripda negara ini juga.

Korea selatan, sebuah negara yg maju yg seiring dengan jepon dan seangkatannya. Kekuatan mereka tercetus akibat persaingan yg sengit dari negara2 jirannya spt jepun, taiwan, china dan rusia yg masing2 mempunyai kekuatan dalam pelbagai bidang. Ini menjadi pemangkin bagi sebuah negara yg berkeluasan lebih kurang semenanjung malaysia ini di dalam menjadi pemain di dalam pelbagai bidang yg mempunyai kaitan ekonomi.

Lihatlah mereka sebagai pengeluar utama kereta, barangan elektronik-kamera,telefon,tv,barangan dapur etc.

Walaupun negara meraka sudah maju, tetapi adap dan adat ketimuran mereka harus dipuji. Mereka sangat peramah dan baik hati. Menjaga kebersihan dan menghormati orang lain terutama orang2 yg lebih berusia.

Di Manakah orang2/negara2 Islam? Umat Islam kini berada keterbelakang di dalam ilmu dna teknologi. Limat sahaja di konferens yg kami hadiri, cuma kami sahaja mewakili umat Islam yang berjumlah 2 billion! Tidak tersenarai juga negara umat Islam yg mempunyai bandar2 yg terbersih, padahal Islam sangat mementingkan kebersihan! Umat Islam sekarang juga semakin tidak menghormati org lain bahkan orang tua diperlakukan dgn kasar dan kejam..

Entri yg lain sy akan menceritakan mengenai pemakaian, adap, adat, kebaikan dsb..

TBC...