AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Wahham

Assalamualaikum wbr..

Apakah itu wahham? cinta dunia dan takut mati. Inilah tajuk entri kali ini.
Ramai orang telah hanyut dibuai cinta dunia, sama ada dengan harta benda, wnag ringgit, anak pinak, isteri2 dan lain2. Diri ini tidak terkecuali.

Hakikat cinta itu telah disalah guna, disalah tafsir dan dimanipulasi oleh ramai orang untuk mengejar sedikit kejayaan di dunia.

Oleh kerana manusia ini disediakan satu hati yang senantiasa ingin mencintai serta ingin pula dicintai, syaitan telah menutup mata dan telinga kita daripada merasa takut kepadaNya dan seterusnya menghilangkan rasa syukur serta melakukan apa yg disuruhNya dan meninggalkan ap yg dilarangNya.

Ramai pula yang takut mati oleh kerana mereka merasakan wang mereka, anak2 mereka dan harta benda mereka mampu menghalang takdir kematian.. sesungguhnya mereka telah silap.

Diharap kita semua jauh daripada hasutan dan belitan syaitan dna iblis yg dilaknat Allah taala ini. Semoga Allah menunduk kan hati kita dengan penuh tawaduk, ikhlas dan menjadi orang2 yg bertaqwa.Amiin, insyaallah..

0 comments:

Post a Comment