sambungan...
Petanda mati baik #11: Mati kerana runtuhan
والذي يموت تحت الهدم شهيد
Mati kena ditimpa keruntuhan ni termasuklah ditimpa batu, tanah runtuh, hujan batu atau apa saja yg menimpanya.
Petanda mati baik #12: Perempuan yang mati disebabkan anak yg dikandungnya
والمرأة تموت بجمع شهيدة
Selalunya dalam kes ni ialah yg paling common ialah mati bersalin. Tapi dengan kemajuan teknologi perubatan, kadar wanita mati bersalin ni sudah semakin berkurangan. Namun jika ada kes2 di maan perempuan mati ketika bersalin, maka dia mendapat syahid dan husnul khootimah
Petanda mati baik #13: Mati kerana batuk kering (TB)
dalil:
السل شهادة
الراوي: عبادة بن الصامت المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 3691
خلاصة الدرجة: صحيح
terjemah: dari `Ubadah bin as-Shomit Radial-Lah-hu-'anh
"dan mati kerana batuk kering adalah syahid" HR Tabrani
Dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami`, no 3691
juga no 4439/dorar, dari Rashid bin Hubaish
Petanda Mati yg Baik #14: Mati kerana menjaga harta
من قتل دون ماله فهو شهيد
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 141
خلاصة الدرجة: صحيح
terjemah: "Barangsiapa yg mari kerana mempertahankan hartanya, dia syahid." HR Muslim
Cth: si Fulan bergelut dgn perompak, dan ditetak hingga mati, maka dia mati dgn husnul khootimah...
Petanda mati yg Baik #15: Mati kerana mempertahankan Agama
ومن قتل دون دينه فهو شهيد
الراوي: سعيد بن زيد بن عمرو بن نفيل المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1421
خلاصة الدرجة: حسن
Dari Sa'id bin Zaid
" Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid." sunan atTermizi, hasan, no 1421
cth: wanita Islam di Germany, dibunuh kerana memakai hijab, yakni dia mempertahankan pakaian Islam di negara kafir lalu beliau dibunuh.
Petanda mati yg Baik #16: Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga
ومن قتل دون دمه فهو شهيد ، ومن قتل دون أهله فهو شهيد
الراوي: سعيد بن زيد بن عمرو بن نفيل المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1421
خلاصة الدرجة: حسن
terjemah: "Barangsiapa yg mati mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yg mati mempertahankan nyawa ahli keluarganya." hadith hasan, HR Termidzi, no 1421
Cth:
Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati dgn husnul khaatimah (petanda baik)
Petanda mati yg baik #17: Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas (khusus utk militeri dan mujahidin)
dalil hadith: dari jalur Salman Radial-Lah-hu-'anh
رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه . وإن مات ، جرى عليه عمله الذي كان يعمله ، وأجري عليه رزقه ، وأمن الفتان
الراوي: سلمان الفارسي المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 1913
terjemahnya: "Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur)." HR Muslim, no 1913
Petanda Husnul Khootimah #18: Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh.
Dari Hudzaifah :ra, Nabi S.A.W bersabda:
من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ، ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ، ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة .
الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: الألباني - المصدر: أحكام الجنائز - الصفحة أو الرقم: 58
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح
"Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, ia masuk syurga;
b/siapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, ia masuk syurga; b/siapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas (mengharap wajah Allah), lalu dia mati ketika itu, ia masuk syurga." HR Imam Ahmad, dinilai sahih sanadnya oleh al-Muhaddith al-Albani dalam Ahkam al-jana'iz/58
syarh: seseorang yg mati ketika ia sedang mengerjakan amal soleh, maka ia mati dgn petanda yg baik.
Petanda mati dgn Husnul Khootimah #19: Meninggal di kota Madinah
- حدثنا عبد الله حدثني أبي حدثنا عفان حدثنا الحسن بن أبي جعفر عن أيوب عن نافع عن بن عمر عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من استطاع أن يموت بالمدينة فليمت فإني أشفع لمن يموت بها
تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح
al-Albani:
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3917
خلاصة الدرجة: صحيح
Dari jalur Ibn Umar :ra, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
" Barangsiapa yg mampu mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafa`at terhadap sesiapa yg mati di situ." HR Ahmad, atTermidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban; dinilai sahih oleh syaikh Syu`aib al-Arnaouth dan al-Albani.
syarh: Peluang tsb terbuka utk mereka yg berhaji dan umrah bila mereka ziarah ke kota Madinah Tayyibah, juga pelajar dan pekerja Malaysia yg berada di sana.
Petanda Mati Molek #20: Mati dibunuh oleh Pemerintah yang Zalim
Dari Jabir :ra, Nabi S.A.W bersabda:
سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ، و رجل قام إلى إمام جائر فأمره و نهاه فقتله
الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 374
خلاصة الدرجة: صحيح
terjemahnya: Penghulu syuhada' ialah Hamzah bin Abdul Muttholib dan lelaki yg berdiri kpd Imam (Penguasa) yang zalim, maka dia menyeru dan menegahnya (penguasa) lalu ia dibunuh." HR al-Hakim
Hadith ini dinilai oleh mutaqaddimun sebagai sahih, antaranya Imam al-Albani, silsilah al-Sahihah, no 374, dinilai Hasan oleh al-Hafiz.
Penilaian muktamad dari Jabatan Hadith terhadap status hadis tsb
ALL CREDIT TO: THTL (AL-FIKRAH.NET)

0 comments:
Post a Comment