Salam, kali ini kita tengok 20 tanda2 mati yg membawa petanda baik, diambil dari al-fikrah.net
Satu: Dapat mengucap
Dalil: Dari Mu`adz bin Jabal Radial-Lah-hu-'anh
من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة
الراوي: معاذ بن جبل المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 3116
خلاصة الدرجة: صحيح HR Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim
terjemah: siapa yg akhir ucapannya ialah "La ilaha illaLlah" maka ia dapat masuk Syurga." di nilai sahih oleh al-Albani
Tip: Pastikan anda mentalqin orang kesayangan anda ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.
Mati yg baik #2: Mati hari Juma`at
Dari Abdullah bin Amru bin al-`Ash Radial-Lah-hu-'anh
ما من مسلم يموت يوم الجمعة ، أو ليلة الجمعة ، إلا وقاه الله فتنة القبر .
الراوي: عبدالله بن عمرو بن العاص المحدث: الألباني - المصدر: أحكام الجنائز - الصفحة أو الرقم: 49
خلاصة الدرجة: بمجموع طرقه حسن أو صحيح HR Ahmad dan Termidzi
terjemahnya: Mana2 Muslim yang mati di siang hari Juma`at atau malam Juma`at,, niscaya Allah selamatkan akandia dari fitnah kubur."
al-Albani menilainya hasan atau sahih dalam Ahkam al-Jana'iz
Petanda mati baik #3: Percikan Peluh di dahi
Dari Buraidah bin al-Hashib Radial-Lah-hu-'anh
المؤمن يموت بعرق الجبين
الراوي: بريدة بن الحصيب الأسلمي المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 982
خلاصة الدرجة: حسن HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.
terjemahnya:" Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya." dinilai Hasan oleh at-Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih at-Termidzi, 982
Petanda Mati baik #4: Mati syahid di medan Jihad
Petanda Mati baik #5: Mati di jalan Allah
Dalil: Dari Abu Hurairah Radial-Lah-hu-'anh
من قتل في سبيل الله فهو شهيد . ومن مات في سبيل الله فهو شهيد
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 1915
terjemahnya: " B/siapa yg terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah (mati) syahid.
B/siapa yg mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid" sahih Muslim, 1915
Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestine, Iraq, Afghan, Chechen dan yg sama waktu dengannya...Ini mati yg terbaik, tidak perlu dimandi, dikafan dan disolatkan.
Mati syahid degree kedua ialah mati pada jalan Allah. Cth: anda dalam perjalanan menghadiri kuliah sunnah, tiba2 accident dan meninggal dunia..itu adalah tanda mati yg baik, atau sedang sibuk jaulah dakwah 40 hari, lalu demam dan mati.
Lapan kelompok petanda mati baik: syahid kecil atau syahid akhirat
Dari Jabir bin `Atiq:
الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد ، والغرق شهيد ، وصاحب ذات الجنب شهيد ، والمبطون شهيد ، والحرق شهيد ، والذي يموت تحت الهدم شهيد ، والمرأة تموت بجمع شهيدة .
الراوي: جابر بن عتيك المحدث: الألباني - المصدر: أحكام الجنائز - الصفحة أو الرقم: 54
خلاصة الدرجة: لست أشك في صحة متنه، لأن له شواهد كثيرة
HR Malik, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy, Ibn Hibban, dinilai sahih lighairihii oleh al-Albani
Petanda mati baik #6: mati kena wabak Ta'un, alMaT`uun, المطعون
Zaman dulu, wabak yg dikenali ialah Ta'un, tapi zaman kita wabak ni banyak lagi, spt selsema burung, influenza H1N1, denggi, malaria, dan seumpamanya. Maka siapa yg terkena wabak begini lalu mati, adalah mati dlm husnul khotimah
Petanda mati baik #7: Mati lemas al Gharq
والغرق شهيد Mati lemas adalah syahid.
Saban hari kita dengar mereka yg mati lemas samada mandi manda di tempat perkelahan. Mati lemas termasuklah lemas kerana banjir, lumpur, tsunami (ombak besar)atau bot karam.
Petanda mati baik #8: Sakit Paru-paru
وصاحب ذات الجنب شهيد
Zaat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zaat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair...
Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khotimah.
Petanda mati baik#9: Mati kerana komplikasi Perut
والمبطون شهيد
Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling common ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khaatimah, dapat syahid akhirat
Petanda mati yg baik #10: Mati kerana kebakaran
والحرق شهيد
Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik (husnul Khootimah). Berilah berita gembira kpd keluarganya...
TBC..

0 comments:
Post a Comment