Assalamualaikum wbr..
Kali ini sy ingin berkongsi sedikit mengenai apa yg halal dan haram dalam Islam.
Anda semua boleh merujuk kepada buku karya Prof Dr Yusof AlQardawi yang bertajuk Al-Halal wal Haram fil Islam ataupun dalam terjemahan BM Halal dan Haram dalam Islam.
Maksud:
HALAL : iaitu perkara yg dibolehkan, atau mudah, yg telah gugur daripadanya ikatan atau simpulan bahaya, dan syariat membenarkan perbuatannya.
HARAM: iaitu sesuatu perkara yg dilarang oleh syariat melakukannya dgn larangan yg pasti, yakni tidak boleh berubah, sehingga mendedahkan siasapa yg melanggar larangan itu kpd siksa Allah ta'ala di akhirat, dan ada kalanya boleh myebabkan dia menerima siksa yg ditetapkan oleh syariat juga di dunia.
MAKHRUH: jika dilarang oleh syariat kpd sesuatu perkara, tetapi ia tidak memberatkan larangannya kpd perkara itu, maka yg demikian itu dinamakan Makruh, iaitu tingkatnya lebih rendah daripada yg Haram dari segi susunannya dan pelakunya tidak pula dikenakan siksa sebagaimana yg dikenakan ke atas pelaku yg Haram. Cuma bila dilakukannya selalu, dan tidak memperdulikan thadap larangan serupa itu biasanya akan menarik pelakunya kpd yg Haram.
PRINSIP2 ISLAM DARI HAL HALAL DAN HARAM
1. Asal setiap eprkara membolehkan
2. Mneghalalkan dan mengharamkan adalah hak Allah sahaja
3. Mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram sama sebanding dengan syirik kpd Allah
4. Pengharaman sesuai dari segi keburukan dan bahaya
5. Menetap pd yg halal saja tidak perlu mcari yg haram lagi
6. Apa yg menarik kpd yg haram, hurumnya haram juga
7. Mbuat tipu helah pd yg haram adalah haram
8. niat yg baik tidka boleh mbersihkan yg haram
9. Mjaga diri dari yg syubhat, yakni yg samar2
10. Tidka berpura2 dan mbeza2 dlm yg haram
11. Darurat mbolehkan yg dilarang.
HALAL DAN HARAM DLM KHIDUPAN PERIBADI MUSLIM
mencakupi:
1. Soal makanan dan minuman
2. Soal pakaian dan perhiasan
3. Rumah tangga
4. Berusaha dan bekerjaya
untuk mengetahui dgn lebih detail, sila rujuk buku berkenaan, semoga ia bermanfaat kpd kita semua...
