AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Keperluan dan Keutamaan...

Assalamualaikum wbr...

Dalam kesibukan saya sejak akhir2 ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkongsi pengalaman dan maklumat di blog ini. Moga2 kita sentiasa diberkati Allah. InsyaAllah..Amiin...

Entri kali ini saya cuba berkongsi semampu boleh mengenai tugasan dan tanggungjawab kita mengenai keperluan dan keutamaan. Setiap orang mempunyai keperluan dan keutamaan masing2 sama ada pelajar, guru, pensyarah mahupun secara perhubungan ayah, isteri, anak dan sebagainya.

Tugasan dan Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah merupakan satu bebanan yang sangat berat jika kita tidak mempu untuk membawanya. Kelak kita akan ditanya mengenai amanah yang telah kita dipertanggungjawabkan. Moga2 kita sentiasa dipermudahkan urusan kita dalam menjalankan tangungjawab sebagai hambaNya yang elmah ini.

Buku bertajuk Fiqh Al-Awlawiyyat ataupon Fiqh Keutamaan oleh Prof Dr Yusof AlQardawi merupakan buku pertama yang membawa saya dalam mengenai keindahan Islam. Ustaz saya iaitu Ustaz Issraq daripada UMS yang bertanggungjawab dalam mentajdidkan saya dan membantu saya mengenali Islam.

Daripada menjadi hanya seorang manusia yang hanya mengenali Islam kulit sahaja tanpa melihat keseluruhan tubuh Islam itu sendiri. Alangkah ruginya saya sebelum ini. Sebab itulah sy sentiasa bersedih. Alahmduulillah Allah dah menunjukkan sy dengan sedikit jalan untuk menemuiNya.. sebak rasanya memikirkan hal ini kembali.

Sedikit ulasan dan kesimpulan daripada buku Prof Yusof AlQardawi ini harus kita kongsi bersama untuk kebaikian ummat. Jika kita ditimpa masalah dan pilihan yangg kita terpaksa pilih, ikutilah perkara2 berikut:

1. Pilihlah perkara baik yang banyak(mempunyai ke maslahatan ummat yg banyak) berbanding yang sedikit.
2. Pilihlah perkara baik (maslahat umat yang sedikit)yang sedikit berbanding mengelak perkara jahat (mudarat ummat) yang sedikit.
3. Pilihlah mengelakkan perkara jahat (mudarat umat) yang banyak berbanding kebaikan (maslahat) ummat yang sedikit
4. Pilihlah mengelakkan perkara jahat (mudarat) umat yang banyak berbanding perkara jahat (mudarat) yang sedikit.

Jika kita diuji dengan pilihan2 diatas, pilihlah yang paling banyak membawa kebaikan berbanding sedikit kebaikan dan sedikit keburukan. Tapi jika kita diuji dan mesti membuat pilihan antara mengelaknya berlakunya besar keburukan kepada masyarakat berbanding dengan sedikit/banyak kebaikan dan sedikit keburukan, kita harus mengelak keburukan yang besar ini.

ini kerana tugas mengelak keburukan juga merupakan satu ibadah. dan jika kita memilih mengelak keburukan merupakan satu jalan untuk mengelakkan berlakunya keburukan yang lebih besar kepada umat pada masa akan datang.

Contoh2 saya rasa mampu dipikirkan sendiri berdasarkan situasi masing2. Ia boleh sahaja diaplikasikan pada urusan dunia terutama di dalam bab2 politik, muamalat, dsb. Kepentingan memilih tindakan yg betul akan membawa Kerahmatan Allah yang lebih besar kepada kita.

Silalah merujuk kepada buku tersebut. Sekian, perkongsian pada kali ini..

0 comments:

Post a Comment