....السلام عليكم
Dalam kehidupan, kita sama sekali tidak akan terlepas dgn nikmat sebuah kesedihan. Nikmat? ya..Nikmat kesedihan...
Nikmat yang kita sama sekali tidak myangka kesedihan itu merupakan satu bentuk Tabiyah dan rahmat Allah yang begitu besar dan banyak.. Dan (semestinya) kita jarang bersyukur di atas nikmat yg kita biarkan ini.
Sepanjang perjalanan hidup sy selama ini sampailah saat sekarang, begitu banyak saat2 kesedihan yang mungkin tidak mampu sy ceritakan semuanya. Kadang2 kesedihan itu lahir daripada rasa keinsafan, mungkin kerana dianiaya, mungkin kerana terpaksa, mungkin juga dipaksa, dan lain2...
Kesedihan yang melampau boleh membawa kerosakan hati dan minda yang mampu membawa kepada gejala membunuh diri. Sesungguhnya merekatelah jauh daripada Tuhan mereka dan mereka tidak mampu bersabar diatas dugaan dan cubaan yang sedikit. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah hanya mencubai mereka dengan dugaan yang mampu mereka pikul, dan Allah sama sekali tidak akan membebankan hamba-hambaNya dgn beban yang melampui batas. Sesungguhnya Sifat Allah Maha Pengasih dan Penyayang merupakan anugerah yang terbesar buat kita hamba2Nya.
La Tahzan / Jangan Bersedih / Don't Sad
Mungkin ramai yang sudah memiliki buku ini oleh Dr. 'Aidh daripada Timur Tengah. Banyak yang sy pelajari daripada buku ini. Maka saya mengesyorkan agar buku ini dibaca dan dimiliki oleh setiap orang Islam kerana setiap orang pasti merasai nikmat kesedihan ini.
Kita telah melihat pelbagai kesan negatif akibat kesedihan ini seperti membunuh diri kerana keputusan peperiksaan tidak cemerlang, berpisah daripada boyfriend dan girldfriend dsb...
to be continue

2 comments:
Salam...
Teringat sewaktu 1st year,pabila keputusan telah di keluarkan, betapa hampa dan kecewa bila keputusan yang diperolehi tak seperti yang di harapkan. Teman sekeliling mendapat keputusan yang membanggakan, tapi saya dapat keputusan yang membimbangkan. Sangat tidak boleh terima kenyataan sewaktu itu.
Terdengar pula lagu RAHMAT UJIAN dr MESTICA. Bila di amati liriknya, baru hati mula pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Rupanya Dia sayang pada kita, sebab itu ujian di berikan. Dan sayalah antara yang terpilih olehNya untuk di berikan ujian tersebut. Termuhasabah diri ketika itu. Kekuatan kian muncul sedikit demi sedikit, alhamdulillah keputusan sem berikutnya ada sedikit peningkatan.
Jadi, sentiasalah bersyukur bila kita di uji. Pasti Dia mahu berikan yang terbaik untuk kita. Thanks ya Robb... :)
Eh, maaflah tuan tanah, terlebih komen sudahhh,hehe... :D
Terima kasih kerana sudi berkongsi di blog saya ni.. Bagus, sebagai penyeri entri2 di sini..
Sila lah lagi komen :)
Post a Comment