AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Hari Guru...

Assalamualaikum wbr..

Hari Guru? Inilah hari yang paling saya tunggu saban tahun. Rasa hati ini ingin selalu mengucapkan terima kasih di atas segala bentuk usaha dan penah lelah cikgu-cikgu saya dalam mendidik saya.

Wahai cikgu, saya tidak akan pernah melupai jasa2 kalian sehingga saya menjadi MANUSIA kini. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah Taala di dalam memberikan sy cikgu2 yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, rahmatilah guru2ku, permudahkanlah segala urusan mereka, ampunilah mereka dan masukkanlah mereka di antara orang2 yg beriman, beramal soleh dan berikanlah mereka gamjaran syurgaMu di atas segala penah lelah usaha mereka dalam mendidik anak bangsa ini"...Amiin...

"Guru umpama lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi anak bangsa"

Tanpaku sedari, rupanya pada saat ini setelah seseorang pelajar sy telah menghantar mesej kepada saya. Sayu dan sebak di hati ini mula menguasai diri. Rupanya, sy juga telah menjadi seorang guru tanpa saya sedari. Walaupun cuma 3 bulan sahaja menjadi Lab Instructor, ada juga yang mengucapkan ucapan itu... Memang sayu dan sedih. Sedih kerana kegembiraan. Saban tahun, sy menghantar ucapan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah2 dan guru yang memberi kekuatan untuk diri ini terus mencari ilmu dan ingin menyebarkan ilmu2 yang berguna kelak kepada anak bangsa, insyaAllah.

Tahun ini merupakan satu tahun keajaiban kepada saya, kerana tahun ini Allah menganugerahi saya dengan 45 orang adik, yakni pelajar2 sy yang sy sgt2 syg kepada mereka. Harapan sy cuma satu kepada mereka, belajarlah bersungguh2 dna berikan sy 4 Flat, sebagai hadiah kepada sy. Saya akan tetap menunggu hasil ini daripada setioap daripada pelajar sy walaupun sy sudah tiada kelak. Mereka harus berusaha. Demi memartabatkan umat Islam.

Saya mahu melihat ada di antara pelajar2 sy yang berjaya dan seterusnya dapat menaikkan nama Islam di mata dunia, sebagai saintis islam yang terulung yang namanya tercatat di dalam buku2 kimia, fizik, biologi dan hadiah2 Nobel Laureate.

"Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan di dalam memartabatkan agamaMu di dunia ini. Ya Allah, ampunilah mereka, berikanlah hidayahMu kepada mereka, permudahkanlah urusan mereka, tunjukkanlah mereka jalan yang benar di sisiMu dan Masukkanleh mereka di dalam orang2 yg beriman, beramal soleh, dan tempatkanlah mereka di syurga yang kekal abadi kelak" Amiin. insyaAllah..

Begitu besarlah marapan setiap guru, setiap pendidik, dan setiap pensyarah kepada pelajar2nya. Kejayaan di dalam ilmu hasil usaha yang berterusan dan tidka pernah putus asa merupakan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang pendidik. Walaupun tidak terucap oleh mulut, kebanggaan di sudut hati seorang insan yang bernama guru akan terus ingin melihat pelajar2nya berjaya kelak di dalam semua bidang yang diceburinya.

2 comments:

selamat hari guru en. zul :D

 

time kasih kak norhasnah Z.. :D slmt hari guru jugak buat kamu...(on da way..)

 

Post a Comment