AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Pengertian Sebuah Kesedihan... (Part 2)

Sambungan daripada yg lepas...

Ramai orang gagal dalam menangani kesedihan sehingga membawa kepada kekecewaan yang melampau sehingga sampai ke tahap membunuh diri dan lebih teruk mencederakan orang lain sehingga membawa maut.

Kadang2 juga kesedihan yang melampau ini akan membawa kepada hasad dengki dan dendam sehingga merosakkan jiwa yang bersih daripada unsur2 kejahatan.

Dan cara merawatnya adalah seperti berikut:
1. Redha terhadap apa yang berlaku
2. Yakin terhadap pertolongan Allah
3. sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif
4. Sentiasa berlapang dada
5. Menerima qada' dan qadar sebaik mungkin
6. Setiap yang berlaku merupakan rezeki daripada Allah yang kita jarang bersyukur, Sesungguhnya hanya Allah Taala sahaja yang lebih mengetahui sebelum, semasa dan selepas kejadian dan peristiwa yang berlaku.

Setiap orang pasti akan mengatakan bahawa bercakap adalah lebih mudah daripada melakukannya, terima dlm menerima kenyataan yg sukar. Saya lebih banyak kami mengalami situasi begini, dan sy yakin, jika saya mampu berubah, maka yg lain juga mampu. Keadaan sy dulu, seorang yg langsung tidak mampu menerima kenyataan, sentiasa dlm kesedihan dan depresi, sehingga ketahap ingin membunuh diri.

Alhamdulillah, dgn segala petunjuk dan hidayahNya, sy masih mampu mengharungi sisa-sisa hidup ini dan masih diberi peluang untuk berkongsi dan semoga kisah2 ini mampu memberi iktibar kepada semua.

Kita mempunyai Tuhan yang sentiasa tidak pernah lupa dan leka walaupun sesaat. Kenapa kita masih mengatakan bahawa kita tidak mempunyai siapa2 yg mengambil berat tentang hal2 kita? Kenapa kita sering lupa yg sentiasa memberi rezeki kpd kita tidak kira masa? Kenapa kita masih merasakan kita memerlukan orang lain untuk menjaga kita? Sedangkan kita mempunyai SATU TUHAN YANG SENTIASA MENJAGA, MEMBERI dan MENYAYANGI kita selalu, walaupun kita sering lupa dan sentiasa tidak bersyukur kepadaNya...

Maka, sama2 lah kita memohon ampun di atas dosa-dosa kita dan semoga Allah Taala memberi petunjuk dan jalan yang benar kepada kita sebelum kita menyesal buat selama-lamanya...

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Hidupku dan Matiku, Amal dan Ibadahku adalah untukMu...
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hidayahMu kepada kami dan janganlah Engkau palingkan hati2 kami selepas Engkau memberi HidayahMu kepada Kami, sesungguhnya kami termasuk orang2 yang rugi...

Kembalilah kepada Dia yang SATU...
Kembalilah ke jalan yang diredhaiNya...
Ikutilah AlQuran yang suci dan Sunnah Rasulullah...
SESUNGGUHNYA TERDAPAT KEJAYAAN YANG NYATA DIDUNIA DAN AKHIRAT DI SITU...

0 comments:

Post a Comment