Seringkali kita mengeluh dengan segala dugaan dan ujian kepahitan yang diturunkan kepada kita. Seringkali juga kita menyalahkan takdir dan menyoal kenapa Allah menurunkan 'bala' sebegitu rupa kepada kita...
Tidakkah kita tahu bahawa, Allah hanya menbebankan kita mengikut tahap kemampuan kita menanggungnya? Tidakkah kita tahuSifat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu melebihi sifat2Nya yg lain?
Maka beristigfarlah kita kepada Allah di atas segala kesilapan yang kita telah salah menyangka akan kejadian2 yang Allah jadikan itu. Kejadian2 tersebut merupakan satu ujian dan tanda kasih dan sayangnya Allah kepada kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui lebih daripada apa yang kita ketahui dan DIA lebih tahu yang mana lebih baik bagi kita.
Pasti, setiap orang inginkan kebaikan dan kesenangan setiap masa, dan itulah doa2 yang sentiasa diminta2 kepadaNya. Tetapi, kadang2 kita akan diuji dengan perkara yang sebaliknya. Lain yg diminta, lain pula yg kita dapat. Lalu mulalah perasaan 'marah' kepada penciptaNya.
Wahai sahabat2 dan adik2ku sekalian, kita harus ingat Bahawa Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap yang tersirat dan tersurat di sebalik apa yang berlaku. Kita langsung tidak mengetahui rahsia2 Allah pada masa depan. Ia sebagai tanda2 Allah sentiasa MENYAYANGI hamba2Nya dengan memberi dugaan dan cubaan. Bayangkan, jika Allah langsung membiarkan kita dengan kesenangan dan kita akan lalai buat selama2nya... Lupakah kita dengan kisah2 Firaun dan Qarun yang hanyut dengan segala kebaikan dan kesenangan yang tidak penah wujud? Yang akhirnya hancur kerana menyangka diri mereka Tuhan dan mereka mampu membeli dan menghidupkan yg mati?
Ingatlah wahai insan, bahawa kesenangan merupakan satu bentuk cubaan kepada kita yang lebih membawa kepada kelalaian. Jika kita sentiasa diberi cubaan yang menyakitkan, menyedihkan dan menyusahkan, maka itu lebih baik kepada kita berdasarkan ilmu-ilmu Allah yang Maha Luas. Maka, hanya kepadaNyalah kita harus percaya dan bergantung.Dan setiap yg berlaku itu merupakan REZEKI Allah kepada hamba2Nya. Rezeki? ya rezeki... Yakni kita harus bersyukur di atas setiap dugaan dan cubaan yang diberi, yang menunjukkan kita hambaNya yang sentiasa berpegang teguh kepadaNya. Yang sentiasa Redha terhadap ketentuanNya, SERTA tidak pernah rasa berputus asa dalam mencari jalan penyelesaian...
"Adakah kamu menyangka bahawa kami tidak mengujimu sesudah kamu beriman?"

2 comments:
Kadang kala Allah hilangkan matahari (nikmat yang di beri), puas kita meratap kemana hilangnya sang mentari (sedih bila terasa tidak di beri nikmat), rupa-rupanya Dia nak hadiahkan sang pelangi nan indah cantik berseri.(sentiasalah bersyukur dan berbalik padaNya atas apa yang telah di beri kerna pasti dia akan berikan yang lebih baik) :)
Psssst, lepas ni ade sambungan part 4 ke? :D
hehehe.. sila ikuti dengan tekun da sabar..heheh :D
Post a Comment