AZulhilmi

Hidup ini cuma fatamorgana, maka hiasilah ia dengan ilmu dan taqwa, Semoga Allah menerima amalan kita..

Sebuah wadah dan madah...

السلام عليكم

Alhamdulillah, dengan segala rahmatNya yang tidak pernah putus-putus untuk memberi kita rezeki yang tidak terhingga yang kadang-kadang (mungkin juga sering kali) lupa untuk mensyukuri nikmat-nikmatNya yang banyak ini.

Alhamdulillah juga, akhirnya tercetus juga hasrat hati untuk mewujudkan satu blog ini bagi menceritakan segala pengalaman hidup ini dan sebagai satu usaha dakwah yang kecil daripada hambahNya yang lemah ini.

Kita sering lupa akan tanggungjawab kita ini di dunia. Kita sering terpedaya oleh tipudaya-tipudaya syaitan laknatullah. Semoga kita dijauhi oleh tipu daya-tipu dayanya. Telah banyak kisah para anbiya' yang telah dikhabarkan kepada kita melalui Al-Quran yang suci dan Sunnah Nabi SAW, tapi semua perkhabaran tersebut masih belumcukup unutk menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Taala.

Pun begitu, begitu banyak kita lupa dan sering tidak mensyukuri nikmat-nikmatnya, makin besarlah dan makin banyaklah pula rezeki yang Allah bagi. Dan sedikit pun Allah tidak menarik nikmat-nikmatNya tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya dan DIA telah berlaku adil kepada semua makhluk-makhluknya tanpa sedikit kurang pun. Cuma manusia masih lagi BUTA mata hatinya untuk melihat kebesaran dan kemurahan Allah Taala.

Antara sebab Allah tetap melimpah kurniaNya kepada kita:
1. Kita merupakan hamba-hambaNya
2. Kuasa dan Kebesaran Allah tidak pernah kurang sedikit pun jika DIA memberi
3. DIA tidak memerlukan manusia pun untuk menambahkan kuasa dan kebesaranNya
4. Supaya suatu masa nanti manusia akan bersyukur kepadaNya
5. Allah tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya
6. Sifat Allah yang Maha Pemurah melebihi sifatnya yang lain

Antara sebab-sebab Allah menguji kita dengan kesenangan:
1. Ujian kesyukuran kita kepadaNya
2. Untuk melihat sejauh mana kita sebagai hamba-hambaNya membantu orang yang di dalam kesusahan
3. Menunjukkan Allah memberi limpah kurniaNya yang banyak kepada hamba-hambaNya
4. Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kebaikan yang mampu kita lakukan dengan Ujian Kesenangan yang diberi kepadanya

Antara sebab-sebab Allah menguji kita dengan kesusahan:
1. Sebagai kifarah (penghapus dosa-dosa) kita
2. Sebagai ujian kesabaran
3. Untuk menguji ketaatan kita kepadaNya
4. Untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dengan segala pemberianNya

Mungkin setakat ini dahulu, sedikit entri yang saya ingin berkongsi dengan anda semua. Insyaallah, moga Allah sentiasa memberkati kita dan membawa kita ke jalan yang lurus dan benar. Insyaallah. Amiin...

2 comments:

Salam...

"setiap kali mendapat nikmat, jarang ku sedari itu pemberianMu. Terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja" Setiap kali by devotees.

Manusia memang sering lupa dari mana nikmat itu datang sebenarnya. Walhal segala apa yang kita peroleh selama ini adalah dari kehendak dan pertolonganNya. Maka, bersyukurlah selalu. :)

 

ye, sentiasalah bersyukur terhadap apa sahaja yg diberi kepada kita...

 

Post a Comment