Setiap manusia adalah lemah dan tidak terdaya tanpa bimbingan dan petunjukNya. Dia telah sempurna mengatur setiap detik dan langkah perjalanan hidup kita. Blog ini lahir daripada rasa ingin berkongsi dan semoga apa yang telah saya lalui sepanjang kehidupan ini menjadi ikhtibar dan pengajaran yg berguna kepada anda sekalian. Insyaallah.
Sebagai hamba yg lemah, kita sering kali lupa dan alpa dengan duniawi. Dari segala aspek kehidupan, pelbagai dugaan dan cabaran perlu ditempuh dalam meniti kehidupan ini. Segala kejadian yang berlaku merupakan satu hikmah dan rezeki kurniaan Allah yang tidak terkira dan tidak ternilai banyaknya.
Perjalanan hidup mematangkan kita, dari aspek pergaulan hinggalah dari aspek kehidupan. Ada yang baik dan tidak kurang juga yg tidak baik. Ada yg berjaya, juga tidak terlepas daripada kegagalan. Manusia jarang brsyukur di atas segala yg diberi, yg baik apatah lagi yg tidak baik.
Insyaallah, entri yg akan datang akan menceritakan pelbagai kisah2 sepanjang hidup sy sebagai satu bentuk pengajaran dan iktibar kepada semua.

0 comments:
Post a Comment